Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 29, 2012

SAYANG ADIKKU SAYANG

SAYANG ADIKKU SAYANG

Adik duduk termenung di muka pintu.
Wajah yang selalunya begitu manis dan ceria langsung tidak kelihatan. Hmm..pasti ada yang telah mengores hatinya. Adik memang begitu, manjanya tiada tandingan, keletahnya menghiburkan semua, senyumnya tak lekang dari bibir dan ketawanya boleh kedengaran satu rumah. Tapi hatinya juga amat mudah tersentuh, ibarat nipisnya kulit bawang. Jika tidak teliti, mudah saja terkoyak.

"Kak, mari ikut adik pergi Alaska. Kita pergi berdua aje, tak payah bawa orang lain", tiba tiba adik bersuara sambil menarik tangan saya. Ah...pasti berat kes kali ini. Saya perlu membuat adik tenang semula.

* Adik, Alaska tu kan jauh. Lagipun Kakak tak tahan sejuk. Adik tentu tak mahu Kakak sakit, bukan?
- Habis tu, Adik nak menyorok di mana?
* Apa kata Adik sorok atas pokok aje. Bila ada barang yang hilang, orang selalu akan mencarinya di
bawah saja (bawah meja, bawah kerusi). Jarang ada yang akan mencari di atas.
- Tapi Adik tak tahu panjat pokok.
* Apa kata kalau adik menyorok dalam almari pakaian?
- Tak mahu lah. Bila tutup pintu almari, nanti gelap. Adik takut gelap. Lagi pun, tak banyak udara. Nanti adik lemas.
* Apa kata kalau Adik menyorok bawah katil?
- Kakak ni tak ada kreativiti langsung. Kat situ, tempat pertama yang Ibu akan cari Adik.
* Hmm..apa kata Adik sorok belakang Kakak saja?
- Kakak! Kakak bukannya lebar. Sekali pandang saja orang dah boleh nampak Adik belakang Kakak.
* Kalau begitu, Adik jangan menyorok ye. Cuba Adik cerita pada Kakak kenapa Adik nak menyorok. Mana tau Kakak boleh tolong Adik.

Sambil mencium ubun ubunnya, saya cuba mengorek misteri tentang rajuknya. Perlahan lahan Adik membuka cerita perihal dia dimarahi ibu kerana ponteng sekolah agama semalam. Sambil bercerita, air matanya mula menitis. Kata Adik, ibu sudah tidak sayang dia lagi kerana inilah kali pertama ibu merotannya.

Adik, Ibu sangat sayang adik. Tak baik merajuk dengan Ibu. Ibu marah hanya sekali sekala dan hanya bila perlu. Marah tandanya dia sayang, dia masih ingin menegur kesalahan Adik. Kita selalu lupa pengajaran sewaktu kita gembira. Tapi kita akan ingat sentiasa pengajaran yang datang dengan kesedihan atau kesakitan.

Adik tahu Ibu masak apa hari ini? Sambal tumis udang yang Adik suka. Rugi saja kalau Adik merajuk dan menyorok. Pergi basuh muka, kita makan sama sama ye. Adik kembali tersenyum. :)

No comments:

Post a Comment