Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 30, 2012

PANTUN JIWA COMOTOS

PANTUN JIWA COMOTOS

Pari-pari santap sibuah manggis
Para-para sakura sedang menari
Damailah hati jangan menangis
Cari penawar diri sendiri

Gadis desa asyik menjahit
Jahitan halus indah berseni
Sebelum manis pastilah pahit
Supaya hati lebih menghargai

Mudik ke hilir membawa diri
Aliran sungai sebagai peneman
Akhlak mulia hiasan peribadi
Kerana itu hati tertawan

Cerita didengar seindah khabar
Hati kecil tiada lara
Hidup berliku bentengnya sabar
Allah sentiasa bersama kita

Hebat sungguh tenunan tuan
Sungguh indah memikat rasa
Manakan mampu membuang tuan
Seumur hidup tiada kulupa

Si anak merbah riang berkicauan
Dicelah rerumpun mencari makan
Setelah pahit hadirnya kemanisan
Diawal susah akhirnya kemudahan

Burung murai riuh berkicau
Kiambang di kolam cantik menawan
Kalau qalbun seperti dikacau
Ambil wudhu' bacalah Al-Quran

Hening sungguh suasana pagi
Awan membiru cantik dipandang
Banyakkan zikir pada ILAHI
Agar hati menjadi tenang

~Aniyus~
~teratak nak roboh~
30/09/2012
(damailah hati yang rawan)

No comments:

Post a Comment