Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, September 30, 2012

JELITA

JELITA

Tiap insan yang dilahirkan,
Ada kelebihan,
Terdapat juga kekurangan,
Jiwa luhur tertambat di tiang perasaan,
Hati yang ikhlas mengemudi murni fikiran.

Tiap insan yang dilahirkan,
Ada suara manja,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada senyum dan tawa,
Tiap insan yang dilahirkan,
Wajahnya juga tetap jelita,
Tiap insan yang dilahirkan,
Punyai tangan-tangan mencipta,
Tiap insan yang dilahirkan,
Ada juga yang buruk paras rupa,
Segalanya menidakkan penghinaan,
Tiap insan yang dilahirkan boleh bersuara,
Punyai kelebihan,
Tentang jelita,
Jangan terlalu perasan,
Anggun sekilau mutiara,
Suka meredah tasik nanah sanjungan,
Budi dan jasa jarang-jarang dibaja,
Selepas menjadi subur tersohor dan jagoan,
Tiap insan yang jelita,
Janganlah melupakan awal titik permulaan.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu.
Segamat,Johor.
290912@0849 hrs (Sabtu).

No comments:

Post a Comment