Followers

Carian Dalam Blog Ini

Saturday, September 29, 2012

Aku Bukan Merak Di Rimba

Aku Bukan Merak Di Rimba

Aku bukan sesiapa
aku hanya pandai mengolah kata
berbicara bagai pujangga
menyantun rasa yang bergelora
bermain kata berkias sahaja

aku bukannya sang Rajuna Tapa.

Aku bukan sesiapa
aku hanya pandai bersendaloka
makyong dan menora
berwayang kulit sekadar bahasa
berbicara wardah bangsa

aku bukannya sasterawan negara.

Aku bukannya sesiapa
aku hanya diriku yang bernista
sejahilnya lumrah manusia
terkadang tergelincir lidah berkata
melantun kata apa kurasa

aku bukannya mualim diRaja.

Namun aku ... aku memang manusia biasa
punya hati yang berperca
terkadang terluka tanpa disangka
dari kata yang berdurja
menghina aku sehalusnya bahasa.

Ya! ... aku hanya seorang hamba
hamba Tuhan yang Maha Esa
bukannya merak beraja di rimba
yang tiada hati, tiada perasaannya
tiada rasa membelengu dada

aku bukan merak di kota rimba.

ss/spl/pm ... 27/9/2012.

No comments:

Post a Comment