PENGEMIS CELARU
Kulalui sebatang lorong luka
letaknya di tengah-tengah kota raya
di tepinya duduk seorang pengemis tua
di sisinya sebatang tongkat lara
kaki kirinya berbalut kain kasa
tangannya sedia menadah
kuhulur sekeping not merah
lalu disambut dengan ramah
Seminggu berlalu
kuselusuri satu lagi lorong sendu
terserempak pengemis yang sama
kukenal betul paras wajahnya
balutan kakinya kuperhatikan
hah, bertukar ke sebelah kanan?
Pelbagai soalan timbul di dalam hati
mengapa semua ini boleh terjadi?
di kota yang sebak ini
payahnya untuk mendapat sesuap nasi
hidup tidak menentu
pada siapa tempat mengadu
lalu menjadi pengemis celaru
Jejantas Satok
3 November 2013
No comments:
Post a Comment