Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, November 10, 2013

BAGAIKAN PELAYARAN

BAGAIKAN PELAYARAN

Bagaikan pelayaran...
merentasi samudera
adakala tenang jua bergelora.

Kurenungi
cuba memaknai
setiap yang kulalui
setiap yang kurasai.

Ingin kubermadah indah
tapi kubukanlah seorang pujangga.
Ingin kualunkan melodi
melodi nan indah
menikam sukma.
Jiwa nan resah jua gelisah
bagai diamuk gelora rasa
rasa rindu kian resah
saat kita tidak bersua.

Walau sayu datang bertamu
tetap jua kumenanti hadirmu
tiada kulelah mahupun jemu
damai dan tenang tika bersamamu.

ZIE 06/11/2013

No comments:

Post a Comment