Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 13, 2012

~ maafkan cucumu ~

~ maafkan cucumu ~

kulintasi dawang gersang
dahulunya sawah menghijau
burung-burung terbang ria
sesekali menjunam ke pohon padi
terdengar suara riuh
menghalau burung

nenek dan datukku
sering bercerita
susah payahnya mereka
riang rianya mereka
bersama dawang ini
dulunya punca rezeki

khayalan nenek
agar ada anak cucunya
menyambung keringat mereka
hancur musnah
sawah terbiar
tidak siapa memandang
gedeng reput pelantar tumbang

nenek
pasti kecewa
maafkan aku kerana tidak upaya
tidak segagahmu
membanting tulang di dawang ini.

maafkan cucumu

*pencerahan*
# Dawang = kawasan ( keping ) tanah
#gedeng = bekas simpan padi setelah dituai

Sibuta Puisi
Hulu Yam Baharu.
Selangor Darul Ehsan
13.11.2012
11.58am

No comments:

Post a Comment