Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 7, 2012

“Terlalu Sayang”

“Terlalu Sayang”

Dulu ketika dia hidup,
Baktinya berbunga dan berbuah kasih sayang,
Dia teman hidupku
Di wajahnya ada NUR yg menceriakan dan ketenangan
Luka bertukar suka
Pahit ditelan manis
Segala derita hilang entah ke mana
Hanya dengan senyuman di wajahnya.

Aku tau dia pasti pergi
Saban hari aku mendoakannya
Tetapi dia tetap pergi jua selamanya
Sesungguhnya aku tidak tegar kehilangannya
Kehilangannya satu penyiksaan

Ikatan aku dan dia terlalu kuat
Biar berjauhan sekali pun
Aku tidak merasakan apa-apa
Bukan aku menghalang ketentuan Allah
Tetapi kerana aku terlalu sayang...
terlalu sayang padanya....

Tegarnya Allah merampas kekasihku
Apakah Allah ingin melihat aku berduka?.

Sekarang aku redha kehilangannya
Kerana ada Allah menjaganya di sana
Ada mahligai untuknya
Menanti aku ke sana.

Dia telah pergi
Bersama kasih sayang yang telah kami semai bersama
Segala kenangan aku dan dia di dunia
Terbina indah selama-lamanya.

Aku belajar menerima kehilangan..
Kehilangan dalam kehidupan...
Bukan aku tidak sanggup...
Kerana aku terlalu sayang
Kerana aku tidak mampu menerima hakikatnya
Kerana ikatan aku dan dia terlalu kuat.

Biarlah pahit, semuanya satu suratan dalam kehidupan.....

05/10/2012,
Hayatie Mn,
Brunei,

No comments:

Post a Comment