Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, September 25, 2013

Pejuang

Pejuang

Kita pejuang
Demi sesuap nasi
Demi kelangsungan hidup
Demi anak bangsa
Demi negara tercinta
Demi kalamullah

Kita pejuang
Kesudahan yang boleh dinilai
Kesudahan yang boleh dijangka
Kesudahan yang kita inginkan
Kesudahan yang memerlukan pengorbanan

Walau depan penuh liku
Walau depan penuh duri
Walau depan penuh palsu
Walau depan penuh janji
Kita tetap berjuang

Bukan kerana kemegahan
Jauh sekali keduniaan
Kerana kita dilahirkan sebagai pejuang
Hanya dua pilihan
Baik buruk
Kanan kiri
Hitam putih
Syurga neraka
Yang akhirnya meletakan nilai kita
Sebagai seorang pejuang

Kerana akhirnya kita tetap berjuang

190016Sep13
A.K
Lumut

No comments:

Post a Comment