Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 1, 2012

BULAN YANG GENIT (I)

BULAN YANG GENIT (I)

Bias cahaya di lorong malam
Umpama lohong gelap yang tak tergapaikan
Lantunannya membungkus pada setiap relung kusam
Antara celah cahaya yang mula merata berkilauan
Nyaman terasa semilir mula menguntum ranum.

Yang menjadi kerisauan puput angin yang memutus kasih
Amarah ada di tangannya
Nyeripun bersenandung berkias kata menyumpah
Gesaan dari ketidakmampuan mayapada inginkan cahaya.

Garis-garis waktu merangkul rajuk sayu luluh
Enggan mengasihi memberi cumbu rayu
Nyaman di bahu musim luruh
Ingin diungkit namun tak terucapkan kerana malu
Tertusuk kalbu lantaran bulan genit kini berlabuh.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Segamat,Johor.
14.03.2012 @ 1105 hrs (Rabu).

No comments:

Post a Comment