Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 28, 2012

~ Izinkan Aku Pergi ~

~ Izinkan Aku Pergi ~

Sekilas pandangan mata
menatap keindahan alam maya
dan bingkisan rindu berlagu sendu
merobek mencalar sekeping hati
menghiris pedih jiwa nurani
gerimis bertandang lagi

hakikat sebuah kehidupan
takkan semua yang diimpi
akan menjadi realiti
berserah hanya padaNya
Maha Penentu Segala

usah disesali pertemuan
kerana di situ lahirnya perkenalan
usah dikesali andai kasih tak kesampaian
kerana di situ tersembunyi hikmahNya
yang tak terjangkau dek akal fikiran

kerana itu aku ingin melangkah pergi
meninggalkan segalanya ternoktah di sini
di ruangan sepi sekeping hati
aku mengundurkan diri

pasti akan tiba jua suatu hari
aku akan kembali lagi
setelah segala memori
terpadam, terhapus dari lubuk hati

izinkan aku pergi
agar hati yang tercalar luka
terubat dengan sendiri…seiring putaran masa

~ Tinta Pena ~ Alamanda Desa ~
~ 27112012 ~ 11.35 pm ~

No comments:

Post a Comment