Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 27, 2012

SATU PENGORBANAN YANG MAHA AGUNG

<<SATU PENGORBANAN YANG MAHA AGUNG>>
(sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha)

Wahyu turun melalui mimpi
diterimanya dengan seikhlas hati
walaupun sebak dadanya
Ibrahim dalam dilema
putera tunggal penghibur duka
sedang usia meningkat remaja
segala kudrat muda amat berguna

Bakal pewaris kelangsungan keturunan
kini harus pula dijadikan Qurban
nyawanya akan direnggut oleh tangan ayah sendiri
sungguh berat ujian dihadapi
namun sebagai seorang nabi
menjadi contoh teladan
perintah Allah wajib ditunaikan

Dengan hati yang pasrah
berangkatlah ia ke Makkah Al-Mukkarramah
membawa misi satu perintah

Ismail menurut sahaja
menerima perintah dengan lapang dada
penuh taqwa
memohon agar kakinya
diikat seketatnya
agar kurang pergerakan
kurang menyusahkan
pakaian ditanggalkan
supaya tidak terkena parcikan
darah menglir lara
Siti Hajar hiba

Ditambah permintaan
parang pemisah ditajamkan
agar kurang rasa derita
simpanlah baju tanda mata
salam untuk bonda tercinta

Syaitan laknatullah
sibuk berbisik resah
giat menabur dakyah
agar perintah Allah dibantah

Kini tiba detik ngeri
satu pelukan suci
disulam kucupan abadi
berbaringlah di atas lantai hakikat
mata Ibrahim ditutup rapat
dengan meditasi bermunajat
linangan air mata luka
denyutan nadi nestapa
tajam parang menerjah duka
tak semena-mena parang tumpul hilang bisa

Ibrahim lulus ujian taat dan taqwa
dengan ketinggian mukjizat kurniaan Yang Maha Esa
sebagai ganti korban kehebatan cinta
tiba-tiba menjelma seekor kibas
Ismail kini bebas

Inilah agungnya sebuah pengorbanan
menjadi ritual zaman-berzaman

ilham:
Muhamad Amin Bacho
SMK Serian

10 Oktober

No comments:

Post a Comment