MIMBAR JUMAAT
“Taatlah kamu pada Allah, taatlah kamu pada Rasul (Nya), taatlah kamu
pada ulil amri yakni pemimpin di antara kamu. Jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, kembalilah kepada al_Quran dan sunah
Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Yang demikian itu lebih utama bagu kamu dan lebih baik akibatnya”
ingatan segar khatib di mimbar, jemaah mendengar khusyuk dan sabar
Benak terus mengasak, minda sesak dada sebak, bangsaku terus berantak dan bergolak
adakah ingatan di mimbar sekadar segar untuk didengar
dalam amalan diketepikan
Adakah al-Quran dan sunah jadi panduan ikutan
dalam mentadbir urusan harian, menunaikan tanggungjawab dan kepertanggungjawaban
pada amanah yang diserah
Kesyumulan tergugat andai hasad berselerat
limpahan hidayah rahmah tidak menjengah kehidupan ummah
jika panduannya disanggah
Mendabik juara untuk apa tika hati dipenjara duka
terpesona dengan habuan harta dunia
dengan kuasa pinjaman semantara
akan ditinggal semuanya
Syariat disekat dari limpahan nikmat
pertelagahan membejat cemburu hasad kesumat
Carilah jalan damai untuk melerai, serabut kalut dirungkai
bersatu bawah perlindungan wahyu
umat bersatu
Musuh terus bersorak, zionis terus mengasak
kuasa boneka dunia terus bersendiwara, saudara di Palestin Gaza, Myamar diseksa
diusir dari tanah tumpah terpaksa menyembah dalam hak diratah mamah
Hanya satu jalan menuju kemenangan
bersatulah umat bawah satu naungan perlindungan
naungan iman dan ketakwaan
kesyumulan Islam.
YHI
Segamat Johor
30112012

No comments:
Post a Comment