Followers

Carian Dalam Blog Ini

Friday, November 30, 2012

Ikhtibar Kejatuhan Melaka.

Ikhtibar Kejatuhan Melaka.

Melaka makmur
aman damai
pusat perdagangan dibangga
terkenal di seluruh dunia
sebelum kejatuhannya
ditawan Feringgi
terpalit aib zaman berzaman.

Melaka bukan jatuh kerana lemah kudratnya
bukan juga kerana keris dan lembing di tangan
ingin menentang senapang dan meriam berbesi waja
tapi kerana pembelotan
dan tamak haloba pembesar-pembesarnya
yang berhati busuk
berkepentingan di rusuk.

Wahai Melayu bukalah mata
jangan menghina kekuatan yang ada
sepatutnya bangga mempertahankannya
dengan bersatu hati sesama
dan bertolaransi di antara kita
bukannya berpecah dan berperang sesama kita
dan wujud semula
si Mandeliar, Si Kitol dan si Utimutiraja
mempunyai agenda yang direncana.

Wahai Melayu bukalah minda
bukalah mata berlapanglah dada
jangan pisang berbuah ke dua kalinya
nanti kerugian
berkurun-kurun lamanya
aib bernoda.

ss/spl/pm ... 30/11/2012.

No comments:

Post a Comment