<<MAHKOTA BERDURI>>
Tanpa singgahsana
semayamnya bukan di istana
hanya kerana paras rupanya
lalu dinobat sebagai raja
segala buah akur padanya
durinya adalah mahkota
dusunnya adalah takhta
Bermusim hadirnya
sentiasa ditunggu kelibatnya
gigih pakar di makmal R & D
giat membuat ujikaji
kini aromanya tetap mewangi
sepanjang tahun tetap bersemi
Para usahawan tidak menyepi
giat menangguk rezeki
supaya cepat kantung diisi
galak memintal helah
timbunan-timbunan yang ramah
terselit duri-duri gelisah
ada biji-biji yang resah
Nukilan:
Muhamad Amin
27 November 2012
segala buah akur padanya
durinya adalah mahkota
dusunnya adalah takhta
Bermusim hadirnya
sentiasa ditunggu kelibatnya
gigih pakar di makmal R & D
giat membuat ujikaji
kini aromanya tetap mewangi
sepanjang tahun tetap bersemi
Para usahawan tidak menyepi
giat menangguk rezeki
supaya cepat kantung diisi
galak memintal helah
timbunan-timbunan yang ramah
terselit duri-duri gelisah
ada biji-biji yang resah
Nukilan:
Muhamad Amin
27 November 2012
No comments:
Post a Comment