Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 27, 2012

Senandungkan Nyanyian Jiwamu..

Senandungkan Nyanyian Jiwamu..

Aku tak menyangka
bahawa getaran rasa ini mengalir keranamu
kauukir malam dengan bayang-bayang
senandungkan nyanyian jiwamu
kausedang menguntum senyum
senandungkan cinta di lelap tidurku

Masihkah kausemadikan di minda?
gelisah mimpi senandungkan erti duka
kausembunyikan isyarat agar hati tak jatuh merindu
kausangat mengerti aku dengan segala ekspresi wajahku
kautelan jiwaku dengan keteduhan pandangmu
mengheretku ke ruang fantasi bicaramu

~amran azahari~

No comments:

Post a Comment