Followers

Carian Dalam Blog Ini

Wednesday, November 28, 2012

Persambungan bulan-bulan cinta

Persambungan bulan-bulan cinta
hanya satu bulan mengecewa…

~♥ Bulan Cinta Bulan Asmara ♥~

J angan jangan jagan dikau bermain kata-kata
A ndai kata cinta itu benar aku terima seadanya
N escaya itu yang dikau mahukan
U ntuk mencapai mahligai bersama
A ku dan engkau kita bersama menempuh dugaannya
R ela aku korban kerana cinta
I tulah batara cinta setiaku buatmu



F alsafah cinta bukan di bibir atau di kertas putih sahaja
E ngkaulah senantiasa menjadi pelita di hati kosongku
B induku amat ketara hingga kini
U untuk menyunting sebuah hati yang aku sanjungi
A tas nama cinta
R intangan akan kita lalui
I tulah dinamakan cinta setia kita bersama



M ungkin ini diperlihat mereka bertapa edannya aku
A tas segala perlaku dan sifatku kerana cinta terhadapmu
C etusan setiap hembusan lafasan itulah kata hatiku sebenarnya



A pakah harus dikau nantikan
P erlukah dikau nantikan sebuah bukti
R isilah sebuah cinta nan suci dan murni
I si kandungan sudah dikau mengerti
L aksanakanlah dengan abadi …





M esranya bagaikan menari di awangan
E stika cinta bak sebuah rubsyah tidak dapat diimaginasikan
I stilah cinta dan bakti Romi buat keksaihnya Juli



J entera kasih mengayuh tanpa hentinya
U mpama enjin ferrari berdesut dengan lajunya
N escaya inilah dikatakan cinta cinta cinta



J eram yang jujai
U pam bak permata
L ingsir sang suria
A nyar wulan bagaikan pelita hatiku
I nikah dinamakan cinta?



O bor cinta dinyalakan di sana dan di sini
G haflahkah dengan setia janji diberi
O h kekasih hatiku yangku puja
S esuci embun pagi tidak dapat dibandingi



S eruling emas bercanang tiga
E dan bukan alpa juga tidak
P asrah dalam setiap langkahku
T empias dalam kata-kata cinta murni
E ngkaulah yang aku puja
M elambai-lambai daku di sini aku terbayang
B ertapa berat aku rasakan
E mpunya jiwa bak kasturi
R ubsyah bukan realitiku inginkan



O h kekasih Aria Ningsun
K au kupuja di atas altar
T aburan mewangi kelopak kasturi
O bor dibakar kelilingi penjuru kasih
B erikan waktu kita menyelam
E ngkau dan aku kita bersama
R isilah cinta restui hakikat sebenar



N escaya dikau permainkan cinta
O leh itu dikelilingi dusta dan nista
V ery good aku berkata
E mpunya diri apa aku kesah
M emperolehi pelajaran namun cetek fikiranmu
B erilmu tinggi tapi rendah aku lihat kini
E ntahlah ini dinamakan CINTA?
R indu? Aku tidak mahu lagi



D I sinilah aku menanti
I ntaikan cinta abadi
S ejanak aku menyeru namamu
E ngkau terkhayal sementara
M emberi maksud di dalam jiwa
B eribu tahun tidak akan gugurnya cinta
E ngkau akan tahu apa maksudku
R embulan bercahaya menyinar segalanya



~ Nukilan Pena Ilhamku – kota singa

~ 28/Nov/2012

No comments:

Post a Comment