Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 27, 2012

ISLAM AGAMA RAHMAT

ISLAM AGAMA RAHMAT

Jelas nyata aturan pencipta
Melalui wahyu kepada kekasih
Kenapa masih berdalih

Lengkap siap panduan kehidupan
Buat khalifah jalan sah penuh hikmah
Jangan pertikai tunjuk pandai dalam cuai dan lalai
Konon pelbagai bangsa tidak sesuai
DIAlah pencipta tahu segala
Maha bijaksana
Buat hamba selesa

Tersirat tersurat segala mukjizat
Pintu segala rahmat
Diterjemah cermat berhemah
Sabda nabi saw panduan umat
Nikah kahwin dalam munakahat
Jual beli dalam muamalat
Hudud kisas takzir terpahat

Tegakkan tiang lima sempurna
Patuh pada yang enam jangan kelam
Berhati lapang sabar diundang

Islam itu sempurna tiada cacat cela
Agama Allah reda
Jagalah syahadah jangan goyah
Walau sebesar zarah

Satukan hati kerana agama
Bukan kerana pangkat, takhta dan wanita
Yang hanya dunia semata-mata.

YHI
Segamat Johor
27112012

No comments:

Post a Comment