Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, November 27, 2012

Kau Yang Mengubah Segalanya..

Kau Yang Mengubah Segalanya..

Untukmu..
Terima kasih kerana engkau telah hadir dalam hidupku..
Ketahuilah olehmu diriku menerima dirimu seadanya untuk diri ini..
Dalam sederhananya diriku engkau sudi meletakan diriku di sudut hatimu..
Dalam suka duka melayan karenahku..
Engkau hadapinya dengan tabah..
Engkau sentiasa memberi sokongan untukku malah menegurku..

Aku bersyukur pada yang maha esa kerana pertemukanku insan sebaik dirimu..
Dan aku bersyukur kerna engkau memilih aku untuk segala kekuranganku..
Namun di sudut hatiku ini tersimpan segala persoalan..
Adakah jalinan kasih ini hanya sampai di sini sahaja..
Atau akan sentiasa indah hingga ke akhirnya..

Kita hanya merancang dan dia menentukannya..
Engkau jua sering berkata begitu padaku..
Terima segala jua kemungkinan..
Berserah pada keadaan yang akan mendatang..

Percayalah sayang keikhlasanku dalam perhubungan ini..
Hanya padamu dan hanya untukmu..
Kerana engkau telah mengubah segalanya..
Untuk hidupku yang kini..

Yang merinduimu..menyayangimu..mengasihimu..
Di setiap nafasku..kaulah masih ada untukku..
Kini dan selamanya..walaupun aku dalam sejuta penantian..

..izasya..

No comments:

Post a Comment