~~Rentak alam~~
Seringkali keliru
yang mana batil
yang mana benar
banyak yang bertopeng
menutup aib yang jelik
apakah begitu hukum alam
yang indah dipamer
yang baik dipuji
yang sopan dijulang
yang molek ditatang.
mata mungkin tertipu
hakikat sebegitu
manusia seribu satu kisah
setiap ulah diperkata
segala rencah mencukupkan perasa
baru tahu masam masinnya
manis payaunya
pengalaman menjadi dewasa
tunjuk ajar paling berguna
sukar mahu diketemu
andai tidak alami sesuatu
biar terlalu susah payah
kesabaran tunggak tidak goyah
sematkan senyuman membina ketabahan...
Naura Auni
27 nov 2012
09:57pm
menutup aib yang jelik
apakah begitu hukum alam
yang indah dipamer
yang baik dipuji
yang sopan dijulang
yang molek ditatang.
mata mungkin tertipu
hakikat sebegitu
manusia seribu satu kisah
setiap ulah diperkata
segala rencah mencukupkan perasa
baru tahu masam masinnya
manis payaunya
pengalaman menjadi dewasa
tunjuk ajar paling berguna
sukar mahu diketemu
andai tidak alami sesuatu
biar terlalu susah payah
kesabaran tunggak tidak goyah
sematkan senyuman membina ketabahan...
Naura Auni
27 nov 2012
09:57pm
No comments:
Post a Comment