Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 1, 2012

AKU TIDAK BERFOYA-FOYA

AKU TIDAK BERFOYA-FOYA

Aku tidak berfoya-foya
Mencari kekasih di meja jodoh
Aku tidak berfoya-foya
Mencari juita di riuh jum heboh
Aku tidak bergoya-foya
Mencari minah di kota raya
Aku tidak berfoya-foya
Mencari wanita di rumah papa.

Aku selalu tanam budi bahasa
Dan
Tidak berfoya-foya
Mengundang liku sesat jalan
Lohong lorong titian ke Neraka.

Aku tidak berfoya-foya
Yang aku cari
Ialah insan kasuma
Yang rajin bekerja bendang sawah sendiri
Tuai padi yang pandai merunduk di huma
Hiasi diri
Hasilnya lohong lorong jalan titian ke Syurga
Terdapat di kota lumayan dijual beli
Yang awal dulunya
Terjalin di bahu bukit pada luas tanah padi
Aku tidak berfoya-foya
Kecuali rimbunkan sayang kasuma di huma.

Nukilan Pencinta Puisi.
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 1230 hrs (Jumaat).

No comments:

Post a Comment