Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 1, 2012

Tanah Wakaf Ini

Tanah Wakaf Ini

Tanah ini aku jejaki
tanah ini aku lewati
selawat serta salam
buat nabi junjungan
bila sahaja kakiku, aku turunkan
di tanah ini
tanah persinggahan yang kekal abadi
tanah wakaf dari taman-taman firdausi
taman syurga milik Ilahi.

Selawat serta salam aku panjatkan lagi
bila pintu gerbang tanah ini aku lewati
buat nabi junjungan
dan para penghuninya yang kekal di sini
sebelum akhir masa yang dijanji
Al-Fatihah aku mula panjati
kepada setap ahlinya di perbaringan ini.

Al-Fatihah!
Sekali lagi aku sedekahkan
bila sahaja langkahanku terhenti di liang lahad ini
sebagai kamar kecil abadi
sebelum dibangunkan di padang masyar nanti
seperti yang telah dijanji Ilahi
Al-Fatihah kulanjuti lagi
untuk para jenazah yang bakal menjadi penghuni.

Al-Fatihah
terus aku panjatkan kepada Ilahi
sebagai sedekah buat diriku sendiri
semuga tanah ini
semuga di tanah wakaf ini
menjadi tempat istirehatku, kembali
dan diterima jenazahku suatu hari nanti
seperti yang telah dijanji oleh Ilahi.

Selawat serta salam
kulafazkan sekali lagi
bila langkahanku mula meninggali
tanah persemadian yang abadi
dan Al-Fatihah kususuli
sebelum kita semua ditemukan kembali
di tanah ini
tanah dari taman-taman syurga Ilahi
tanah wakaf ini.

Al-Fatihah.

ss/spl/pm ... 1/11/2012.

No comments:

Post a Comment