Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 1, 2012

MEMANDANG KE LANGIT (3)

MEMANDANG KE LANGIT (3)

Saya terdiam seketika. Kata orang tua-tua diam kerana 'Malaikat lalu'. Jeda.
Saya tidak pernah memandang segalanya dari perspektif seperti itu.

Bulan di kaitkan dengan kesedihan, kesayuan, kesepian, kesunyian dan kerinduan yang menyentap tangkai hati. Sedangkan bintang pula di kaitkan dengan pengharapan, impian, dan ketenangan.

*****
Kata Dia: Itu sebabnya bila memandang ke langit, lihat segalanya.
Jangan hanya memandang bulan semata mata kerana cahayanya lebih terang.
Kenapa mesti menghadkan diri pada sesuatu yang hanya membuatkan awak bersedih. Senyumlah, awak. Alam ciptaan Tuhan sangat luas.

Cuba awak pejamkan mata dan bayangkan bahawa setiap bintang itu seperti serangkaian tasbih yang mengiringi awak dalam melewati untaian butiran suka-duka, derita-bahagia perjalanan sebuah kehidupan. Malam ini, awak juga boleh anggap bintang-bintang tersebut sebagai tanda ingatan saya untuk awak. Hadiah dari seorang sahabat buat sahabatnya.

Walau semendung mana langit malam, bintang-bintang di hati tetap akan bergemerlapan menemani awak.
*****
Saya pejamkan mata, memandang langit luas terbentang. Akhirnya saya telah faham.
Bibir mengukir senyuman, tulus dari jiwa. Saya suka dengan perumpamaan yang dia berikan.

Selamat malam, sahabat. Selamat malam, kasih. Dalam hati ada bulan, ada bintang dan ada harapan.

-LM/HN 01112012-

No comments:

Post a Comment