Followers

Carian Dalam Blog Ini

Thursday, November 1, 2012

KETAWA ANGGUK-ANGGUK

KETAWA ANGGUK-ANGGUK

Kezaliman peradaban bermula di sini
Emil ada di rongga dada komputer
Tatacaranya berbagai-bagai
Ada yang bengis kemas kias berhibur
Walhal hari-hari memaki
Anotasi meliar hingar-bingar.

Ada insan berkata kasar bahasa parah
Niskala tanpa sahih
Gertak memukal ugut adab siasah
Gema di sana-sini damai orang tak kisah
Ungkit-ungkit siap siaga berpecah-belah
Kota jadi kotor bahunya merekah merah.

Apa gerangan
Niat kusut di tangan
Getar-getaran tiada keruan
Gempita warta belakangkan keamanan
Usulkan bara merah kemarahan
Ketawa angguk-angguk robohkan jambatan.

Nukilan Pencinta Puisi,
Bayu
Mersing,Johor.
15.06.2012 @ 2220 hrs (Jumaat).

No comments:

Post a Comment