SEJARAH YANG LALU
Ah!...kusingkap kembali
sejarah yang lalu
sewaktu kita mula bertemu
menyemai cinta dan rindu
sehingga keterlanjuran
bertamu
dikau dan aku
bergelumang cinta yang padu.
Waktu itu...,
engkau hanya pekerja bawahanku
tidak lebih dari itu
selalu bersamaku
dalam menggalas segala tugas
dan bebanan
yang aku berikan kepadamu
tanpa sekali rungut
dari mulutmu.
Engkau sungguh berdedikasi
walau umurmu baru duapuluh tiga ketika itu
setia menjalankan amanah
yang terpikul
di bahu lembut gadismu
periang,
dan amat disenangi pembeli
yang selalu berurusan denganmu
inikan pula aku!
Aku pula ketika itu, sudah berusia
hampir menjejaki tigapuluh empat tahun
kesepian
kerana selalu ditinggalkan
isteriku
yang saban minggu
dan bulan
ke luar negara atas urusan kerja.
Ah!...bersambunglah dahulu.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, November 10, 2013
DOSAKU DAHULU
DOSAKU DAHULU
Dosa yang lalu
kini merantaiku
membelenggu
menghambat hatiku
terbayang titik-titik hitam
yang aku lakukan
terhadapmu.
Kesucianmu
pernah aku jamu
dengan rela
atas nama cinta
engkau berikan
kepadaku
pengorbanan diri.
Habis madu
sepahnya aku buang
berbulan gelumang
bagaikan suami isteri
tanpa ikatan
engkau aku tinggalkan
setelah membusut perutmu.
Kini dikau kembali
membawa bukti
menagih segala janji
setelah melata
engkau mencari dan cuba
menjejaki langkahku
dan kini
setelah sepuluh tahun berlalu
aku, engkau ketemui
bersama anak yang engkau pimpin
benar-benar, seiras wajahku
tidak mampu aku nafikan
lagi.
Ya Allah!...ampunilah dosaku.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Dosa yang lalu
kini merantaiku
membelenggu
menghambat hatiku
terbayang titik-titik hitam
yang aku lakukan
terhadapmu.
Kesucianmu
pernah aku jamu
dengan rela
atas nama cinta
engkau berikan
kepadaku
pengorbanan diri.
Habis madu
sepahnya aku buang
berbulan gelumang
bagaikan suami isteri
tanpa ikatan
engkau aku tinggalkan
setelah membusut perutmu.
Kini dikau kembali
membawa bukti
menagih segala janji
setelah melata
engkau mencari dan cuba
menjejaki langkahku
dan kini
setelah sepuluh tahun berlalu
aku, engkau ketemui
bersama anak yang engkau pimpin
benar-benar, seiras wajahku
tidak mampu aku nafikan
lagi.
Ya Allah!...ampunilah dosaku.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
KESILAPAN YANG LALU
KESILAPAN YANG LALU
Aku pernah meninggalkanmu
kerana ketakutan aku
dalam bayang-bayang semu
menerjah kewarasan aku.
Aku pernah menyingkirkan kamu
bersama perasaan celaru
pelbagai persoalan membelenggu
di saat dikau dan aku, saling memerlu.
Kini engkau kembali di hadapanku
menagih janji-janji dahulu
setelah mahkota sucimu
kauberikan hanya padaku.
Kini aku terbelenggu
di dalam persoalan berjuta deru
kembalinya kamu
bersama benih...dikau kata milikku.
Benarkah?...itu zuriatku
sepuluh tahun yang lalu.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Aku pernah meninggalkanmu
kerana ketakutan aku
dalam bayang-bayang semu
menerjah kewarasan aku.
Aku pernah menyingkirkan kamu
bersama perasaan celaru
pelbagai persoalan membelenggu
di saat dikau dan aku, saling memerlu.
Kini engkau kembali di hadapanku
menagih janji-janji dahulu
setelah mahkota sucimu
kauberikan hanya padaku.
Kini aku terbelenggu
di dalam persoalan berjuta deru
kembalinya kamu
bersama benih...dikau kata milikku.
Benarkah?...itu zuriatku
sepuluh tahun yang lalu.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
CINTA ATAU NAFSU?
CINTA ATAU NAFSU?
Engkau masih seperti dahulu
walau sepuluh tahun telah berlalu
masih jelita di mataku
semakin gebu
memukauku
dengan senyuman manja di wajahmu
ayu
yang pernah menjadi pujaan, hatiku.
Pertemuan di hari Rabu
benar-benar menggugat diriku
sehingga aku terkulai, layu
di kamar gersang; seorang perindu.
Pertanyaan berlegar kini di benakku
adakah aku masih mencintai kamu?
Atau cuma nafsu; seorang aku
masih setia padamu.
Malam ini, kita berjanji temu.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Engkau masih seperti dahulu
walau sepuluh tahun telah berlalu
masih jelita di mataku
semakin gebu
memukauku
dengan senyuman manja di wajahmu
ayu
yang pernah menjadi pujaan, hatiku.
Pertemuan di hari Rabu
benar-benar menggugat diriku
sehingga aku terkulai, layu
di kamar gersang; seorang perindu.
Pertanyaan berlegar kini di benakku
adakah aku masih mencintai kamu?
Atau cuma nafsu; seorang aku
masih setia padamu.
Malam ini, kita berjanji temu.
Sazalee Sulaiman ... 07/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
50pp: Motivasi Pagi
50pp: Motivasi Pagi
Penciptaan manusia
sungguh mulia di sisi-Nya
Adam dan Hawa jadi penghuni syurga
semua makhluk diminta sujud kepadanya
kecuali yang bongkak diri sombong kepada Pencipta
jadi siapa diri kita
tidak menghormati sesama
alangkan malaikat akur perintah Yang Esa
cubalah buang ego di dada
tanam rasa hormat di jiwa
kita semua bersaudara.
CNM, 7/11/13, BBBangi.
Penciptaan manusia
sungguh mulia di sisi-Nya
Adam dan Hawa jadi penghuni syurga
semua makhluk diminta sujud kepadanya
kecuali yang bongkak diri sombong kepada Pencipta
jadi siapa diri kita
tidak menghormati sesama
alangkan malaikat akur perintah Yang Esa
cubalah buang ego di dada
tanam rasa hormat di jiwa
kita semua bersaudara.
CNM, 7/11/13, BBBangi.
Putih
Putih
Putih tetap putih
jangan diubah menjadi pelangi
jangan seperti kiasu pagi
petang menjadi sepi
rakan yang rugi
Putih tetap putih
tiada perlu kaucacatkan
tiada perlu kaucelakakan
kerana kautidak diperlukan
hadirmu parasit kehidupan
Putih tetap putih
lambang suci bersih
jangan disisih
idaman pemuja kasih
Putih tetap putih
0623081113
A.K
Lumut
Putih tetap putih
jangan diubah menjadi pelangi
jangan seperti kiasu pagi
petang menjadi sepi
rakan yang rugi
Putih tetap putih
tiada perlu kaucacatkan
tiada perlu kaucelakakan
kerana kautidak diperlukan
hadirmu parasit kehidupan
Putih tetap putih
lambang suci bersih
jangan disisih
idaman pemuja kasih
Putih tetap putih
0623081113
A.K
Lumut
Penjelmaan
Penjelmaan
Bahasa terkini
menyebutnya transformasi
bertukar rupa mungkin juga kondisi
berubah sifat dan komposisi
jadi yang lain sama sekali
Penjelmaan jika didefinasi
pemunculan ke lain dimensi
mungkin berubah fungsi
mungkin bertambah ampuh lagi
itu semua kena kaji
CNM, 6/11/13, BBBangi.
Bahasa terkini
menyebutnya transformasi
bertukar rupa mungkin juga kondisi
berubah sifat dan komposisi
jadi yang lain sama sekali
Penjelmaan jika didefinasi
pemunculan ke lain dimensi
mungkin berubah fungsi
mungkin bertambah ampuh lagi
itu semua kena kaji
CNM, 6/11/13, BBBangi.
Kebarangkalian
Kebarangkalian
Tak siapa tahu
apa yang akan berlaku
namun kebarangkalian sesuatu
terjangka dengan berilmu
pengalaman juga membantu
Kita tahu
yang rajin akan ke mercu
yang malas tinggal begitu
jadi apa yang ditunggu
rajinlah membaca buku
Kita tahu
guru sumber ilmu
sedia membantu
jadi apa yang diragu
selalulah berjumpa cikgu.
CNM, 6/11/13, BBBangi.
Tak siapa tahu
apa yang akan berlaku
namun kebarangkalian sesuatu
terjangka dengan berilmu
pengalaman juga membantu
Kita tahu
yang rajin akan ke mercu
yang malas tinggal begitu
jadi apa yang ditunggu
rajinlah membaca buku
Kita tahu
guru sumber ilmu
sedia membantu
jadi apa yang diragu
selalulah berjumpa cikgu.
CNM, 6/11/13, BBBangi.
Tambah Tolak Ganda Bahagi
Tambah Tolak Ganda Bahagi
Mari belajar
ingat pesan pengajar
usaha bersikap kurang ajar
moga diri jadi yang terpelajar;
tambah
pelbagaikan cara untuk berjaya
usah membazir masa yang ada
ulangkaji itu lebih bermakna
yang lemah dapat diperkasa
Tolak
sifat malas dalam jiwa
buang hal-hal meleka
yang bawa kepada lupa
tidak mengingati fakta
Ganda
tingkatkan usaha
perbanyakkan bertanya
lebihkan amalinya
kemahiran pasti di dada
Bahagi
aktiviti direncana
utamakan yang membina
pandai memperuntukan masa
demi ke puncak jaya.
CNM, 6/11/13, BBBangi.
Mari belajar
ingat pesan pengajar
usaha bersikap kurang ajar
moga diri jadi yang terpelajar;
tambah
pelbagaikan cara untuk berjaya
usah membazir masa yang ada
ulangkaji itu lebih bermakna
yang lemah dapat diperkasa
Tolak
sifat malas dalam jiwa
buang hal-hal meleka
yang bawa kepada lupa
tidak mengingati fakta
Ganda
tingkatkan usaha
perbanyakkan bertanya
lebihkan amalinya
kemahiran pasti di dada
Bahagi
aktiviti direncana
utamakan yang membina
pandai memperuntukan masa
demi ke puncak jaya.
CNM, 6/11/13, BBBangi.
KITAR OH KITAR
KITAR OH KITAR
Membukit timbunan
bahan buangan
melilau mata ke kiri kanan
denai berlumpur diselusuri
lorong berliku dijejaki
apa yang kaucari?
diam menyepi
Ah! itu dia
sudah jumpa
sepuluh semuanya
lega rasanya
Masih mencari
biar puas hati
yeah! dapat lagi
Dipenyek-penyek
masuk beg kresek
Ke pusat kitar semula
nah! ini wangnya
ke warung sana
Esok menanti
ke lorong sepi
semoga bertambah rezeki
Kuching
5 November 2013
Membukit timbunan
bahan buangan
melilau mata ke kiri kanan
denai berlumpur diselusuri
lorong berliku dijejaki
apa yang kaucari?
diam menyepi
Ah! itu dia
sudah jumpa
sepuluh semuanya
lega rasanya
Masih mencari
biar puas hati
yeah! dapat lagi
Dipenyek-penyek
masuk beg kresek
Ke pusat kitar semula
nah! ini wangnya
ke warung sana
Esok menanti
ke lorong sepi
semoga bertambah rezeki
Kuching
5 November 2013
Aku Menunggu
Aku Menunggu
Hari ini
aku yang menunggu
dia ke SPA
bukan main lagi
entah apa rawatannya
Sempat aku menulis
puisi penantian
di satu sudut sepi
sementara dia dilayan
memperelok diri
biar terbaik berkhidmat padaku
aku di sudut
sepi
pusat servis kereta...
CNM, 6/11/13
Hari ini
aku yang menunggu
dia ke SPA
bukan main lagi
entah apa rawatannya
Sempat aku menulis
puisi penantian
di satu sudut sepi
sementara dia dilayan
memperelok diri
biar terbaik berkhidmat padaku
aku di sudut
sepi
pusat servis kereta...
CNM, 6/11/13
SEPULUH TAHUN YANG PERNAH BERLALU
SEPULUH TAHUN YANG PERNAH BERLALU
Dari sinar mata
masih lagi ada cinta
mengharap impian
berharap, pengharapan
ingin bersatu
kembali
di buaian kasih
yang pernah terputus
di pertengahan jalan
dari kesilapanku
dari kealpaan, egoku
dan ketakutan membelenggu aku
meninggalkanmu
kerana takut bertepuknya aku,
dahulu
mungkin bersebelahan tangan
yang ternyata
kini
terkhilafnya percaturanku
...engkau jua
sepertiku
pernah menaruh harapan
agar bunga-bunga cinta
bermula
dari gerak langkahku.
Maafkanlah aku, maafkan aku
maafkan aku
sepuluh tahun yang berlalu
telah menghancurkan hatimu
dari ketakutan, seorang aku.
Kini engkau kembali
namun belenggu melilitku
masih lagi di situ.
Sazalee Sulaiman ... 06/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Dari sinar mata
masih lagi ada cinta
mengharap impian
berharap, pengharapan
ingin bersatu
kembali
di buaian kasih
yang pernah terputus
di pertengahan jalan
dari kesilapanku
dari kealpaan, egoku
dan ketakutan membelenggu aku
meninggalkanmu
kerana takut bertepuknya aku,
dahulu
mungkin bersebelahan tangan
yang ternyata
kini
terkhilafnya percaturanku
...engkau jua
sepertiku
pernah menaruh harapan
agar bunga-bunga cinta
bermula
dari gerak langkahku.
Maafkanlah aku, maafkan aku
maafkan aku
sepuluh tahun yang berlalu
telah menghancurkan hatimu
dari ketakutan, seorang aku.
Kini engkau kembali
namun belenggu melilitku
masih lagi di situ.
Sazalee Sulaiman ... 06/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
TUANGKAN WANGIAN NAN SECANGKIR
TUANGKAN WANGIAN NAN SECANGKIR
Sekitar yang hanyir
terbawa hidu semilir
menular di setiap desir
menyesak kelibat yang hadir
halilintar memetir
bukan salah takdir
jejak yang tercicir
menghilang mungkir.
Sekitar yang hanyir
tuangkan wangian nan secangkir.
~AE/061113~
::TintaMataPena::
...YangMerahItuSaga.
Sekitar yang hanyir
terbawa hidu semilir
menular di setiap desir
menyesak kelibat yang hadir
halilintar memetir
bukan salah takdir
jejak yang tercicir
menghilang mungkir.
Sekitar yang hanyir
tuangkan wangian nan secangkir.
~AE/061113~
::TintaMataPena::
...YangMerahItuSaga.
PENGEMIS CELARU
PENGEMIS CELARU
Kulalui sebatang lorong luka
letaknya di tengah-tengah kota raya
di tepinya duduk seorang pengemis tua
di sisinya sebatang tongkat lara
kaki kirinya berbalut kain kasa
tangannya sedia menadah
kuhulur sekeping not merah
lalu disambut dengan ramah
Seminggu berlalu
kuselusuri satu lagi lorong sendu
terserempak pengemis yang sama
kukenal betul paras wajahnya
balutan kakinya kuperhatikan
hah, bertukar ke sebelah kanan?
Pelbagai soalan timbul di dalam hati
mengapa semua ini boleh terjadi?
di kota yang sebak ini
payahnya untuk mendapat sesuap nasi
hidup tidak menentu
pada siapa tempat mengadu
lalu menjadi pengemis celaru
Jejantas Satok
3 November 2013
Kulalui sebatang lorong luka
letaknya di tengah-tengah kota raya
di tepinya duduk seorang pengemis tua
di sisinya sebatang tongkat lara
kaki kirinya berbalut kain kasa
tangannya sedia menadah
kuhulur sekeping not merah
lalu disambut dengan ramah
Seminggu berlalu
kuselusuri satu lagi lorong sendu
terserempak pengemis yang sama
kukenal betul paras wajahnya
balutan kakinya kuperhatikan
hah, bertukar ke sebelah kanan?
Pelbagai soalan timbul di dalam hati
mengapa semua ini boleh terjadi?
di kota yang sebak ini
payahnya untuk mendapat sesuap nasi
hidup tidak menentu
pada siapa tempat mengadu
lalu menjadi pengemis celaru
Jejantas Satok
3 November 2013
BAGAIKAN PELAYARAN
BAGAIKAN PELAYARAN
Bagaikan pelayaran...
merentasi samudera
adakala tenang jua bergelora.
Kurenungi
cuba memaknai
setiap yang kulalui
setiap yang kurasai.
Ingin kubermadah indah
tapi kubukanlah seorang pujangga.
Ingin kualunkan melodi
melodi nan indah
menikam sukma.
Jiwa nan resah jua gelisah
bagai diamuk gelora rasa
rasa rindu kian resah
saat kita tidak bersua.
Walau sayu datang bertamu
tetap jua kumenanti hadirmu
tiada kulelah mahupun jemu
damai dan tenang tika bersamamu.
ZIE 06/11/2013
Bagaikan pelayaran...
merentasi samudera
adakala tenang jua bergelora.
Kurenungi
cuba memaknai
setiap yang kulalui
setiap yang kurasai.
Ingin kubermadah indah
tapi kubukanlah seorang pujangga.
Ingin kualunkan melodi
melodi nan indah
menikam sukma.
Jiwa nan resah jua gelisah
bagai diamuk gelora rasa
rasa rindu kian resah
saat kita tidak bersua.
Walau sayu datang bertamu
tetap jua kumenanti hadirmu
tiada kulelah mahupun jemu
damai dan tenang tika bersamamu.
ZIE 06/11/2013
KESAL YANG NYATA
KESAL YANG NYATA
Sepi itu asyik
namun menyakitkan
malam runtuh di kaki sunyi
bicara pun songsang
kesal jadi nyata
tangisan terhenti di perdu subuh.
Mimpi mati
tika lena lemas di ujung mata
ranjang mengetuk kehairanan
perca tanya bertebaran
hinggap di kelambu marah
dan selimut sabar
masih berlipat di gerobok iman.
Ranjang itu kutinggalkan
berteleku di hamparan insaf
dan sejadah doa pun
aku bentangkan.
Qalam Bertinta
Klang
06112013
0945am
Sepi itu asyik
namun menyakitkan
malam runtuh di kaki sunyi
bicara pun songsang
kesal jadi nyata
tangisan terhenti di perdu subuh.
Mimpi mati
tika lena lemas di ujung mata
ranjang mengetuk kehairanan
perca tanya bertebaran
hinggap di kelambu marah
dan selimut sabar
masih berlipat di gerobok iman.
Ranjang itu kutinggalkan
berteleku di hamparan insaf
dan sejadah doa pun
aku bentangkan.
Qalam Bertinta
Klang
06112013
0945am
LAUNGAN CINTA
LAUNGAN CINTA
mmm
...kuselendangkan mawar di hati
bergema sutera ruangan puisi
bersatu dalam gegaran
di alam maya yang indah ini
maka tergemparlah satu laungan
suci,
bahawasanya...,
"Kanda amat mencintaimu, dinda
walau cinta bukan untuk kanda memiliki"
Sazalee Sulaiman ... 06/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
mmm
...kuselendangkan mawar di hati
bergema sutera ruangan puisi
bersatu dalam gegaran
di alam maya yang indah ini
maka tergemparlah satu laungan
suci,
bahawasanya...,
"Kanda amat mencintaimu, dinda
walau cinta bukan untuk kanda memiliki"
Sazalee Sulaiman ... 06/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
KIASU
KIASU
Akukah yang bersalah?
...menjadi diri aku sendiri
lebih banyak berdiam
dari bersuara
kiasu,
lebih selesa menjaga hati
beralah
tidak mahu menegakkan
benang yang basah
kerana aku tahu
kenyataan...pasti melukakan.
Salahkah aku?
Sazalee Sulaiman ... 06/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Akukah yang bersalah?
...menjadi diri aku sendiri
lebih banyak berdiam
dari bersuara
kiasu,
lebih selesa menjaga hati
beralah
tidak mahu menegakkan
benang yang basah
kerana aku tahu
kenyataan...pasti melukakan.
Salahkah aku?
Sazalee Sulaiman ... 06/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
HIJRAH
HIJRAH
Hijrahku
bak sekumpulan
bangau
di langit tinggi
terbang
sekawan
di awan
berkawan
tanpa sempadan
sebelum pulang ke sarang
melarik impian
melakar pengalaman
menguat genggaman
pautan
agar yang pipih
boleh dilayangkan
yang bulat
boleh digulingkan.
Sepakat dalam kekeluargaan
sepakat dalam persaudaraan
sepakat dalam persahabatan
sepakat dalam perhubungan
erat dalam perjuangan
yang dulunya aku, keseorangan.
Sazalee Sulaiman ... 05/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Hijrahku
bak sekumpulan
bangau
di langit tinggi
terbang
sekawan
di awan
berkawan
tanpa sempadan
sebelum pulang ke sarang
melarik impian
melakar pengalaman
menguat genggaman
pautan
agar yang pipih
boleh dilayangkan
yang bulat
boleh digulingkan.
Sepakat dalam kekeluargaan
sepakat dalam persaudaraan
sepakat dalam persahabatan
sepakat dalam perhubungan
erat dalam perjuangan
yang dulunya aku, keseorangan.
Sazalee Sulaiman ... 05/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Subscribe to:
Posts (Atom)