Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, November 10, 2013

HIJRAH

HIJRAH

Hijrahku
bak sekumpulan
bangau
di langit tinggi
terbang
sekawan
di awan
berkawan
tanpa sempadan
sebelum pulang ke sarang
melarik impian
melakar pengalaman
menguat genggaman
pautan
agar yang pipih
boleh dilayangkan
yang bulat
boleh digulingkan.

Sepakat dalam kekeluargaan
sepakat dalam persaudaraan
sepakat dalam persahabatan
sepakat dalam perhubungan
erat dalam perjuangan
yang dulunya aku, keseorangan.

Sazalee Sulaiman ... 05/11/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment