Tambah Tolak Ganda Bahagi
Mari belajar
ingat pesan pengajar
usaha bersikap kurang ajar
moga diri jadi yang terpelajar;
tambah
pelbagaikan cara untuk berjaya
usah membazir masa yang ada
ulangkaji itu lebih bermakna
yang lemah dapat diperkasa
Tolak
sifat malas dalam jiwa
buang hal-hal meleka
yang bawa kepada lupa
tidak mengingati fakta
Ganda
tingkatkan usaha
perbanyakkan bertanya
lebihkan amalinya
kemahiran pasti di dada
Bahagi
aktiviti direncana
utamakan yang membina
pandai memperuntukan masa
demi ke puncak jaya.
CNM, 6/11/13, BBBangi.
No comments:
Post a Comment