Janji Pasti
Indah tenang syahdu
Perasaan dibalik senyuman
Nikmat redha
Janji Allah itu pasti
Tidak cepat mahu lambat
Yang akhirnya
Insan yang yakin
Mampu mengukir senyuman itu
Alhamdulillah
1000201013 A.K
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, October 27, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Titik
Titik
Titik menitik
kena cerdik
jangan herdik
nampak cantik
sangat menarik
Titik menitik
kena selidik
ikut larik
macam batik
seni terbaik
Titik menitik
jangan jentik
jiwa terusik
amarah menaik
silaturrahim terbalik
Titik menitik
usah mendabik
sabar mendidik
ramai celik
aku tabik.
CNM, 9/10/13
Titik menitik
kena cerdik
jangan herdik
nampak cantik
sangat menarik
Titik menitik
kena selidik
ikut larik
macam batik
seni terbaik
Titik menitik
jangan jentik
jiwa terusik
amarah menaik
silaturrahim terbalik
Titik menitik
usah mendabik
sabar mendidik
ramai celik
aku tabik.
CNM, 9/10/13
Jangan Rebah
Jangan Rebah
Usah gentar walau sejuta
godaan menerpa
cuba kekal pada tahap
maksimum.
Usah goyah walau seribu
cobaan merantai
biar utuh pada tahap
kehangatan normal.
Biar badai dugaan mengganas
kuatkan hati
biar taufan derita mencekik
usah rebah
dalam perhambaan waktu.
Setiap puing-puing rintangan
ada jalan terbaik
untuk membina sebuah penyelesaian
yang mampan dalam
kualiti berdaya saing.
Hanya mampu mendorong
jangan rebah dalam kemelut
dusta.
Ilham minda,
Precious Hope
09/10/2013
Usah gentar walau sejuta
godaan menerpa
cuba kekal pada tahap
maksimum.
Usah goyah walau seribu
cobaan merantai
biar utuh pada tahap
kehangatan normal.
Biar badai dugaan mengganas
kuatkan hati
biar taufan derita mencekik
usah rebah
dalam perhambaan waktu.
Setiap puing-puing rintangan
ada jalan terbaik
untuk membina sebuah penyelesaian
yang mampan dalam
kualiti berdaya saing.
Hanya mampu mendorong
jangan rebah dalam kemelut
dusta.
Ilham minda,
Precious Hope
09/10/2013
Masa lalu
Masa lalu
Senyum riang
Tiada masalah
Setiap detik hanya bermain
Mata kuyu masih culas tidur
Indahnya menjadi mereka
Kalaulah masa boleh berputar kembali
Akulah yang paling riang
Anak bongsu anak manja
Kesayangan semua orang
Alangkah indahnya...
A.K
Lumut
Senyum riang
Tiada masalah
Setiap detik hanya bermain
Mata kuyu masih culas tidur
Indahnya menjadi mereka
Kalaulah masa boleh berputar kembali
Akulah yang paling riang
Anak bongsu anak manja
Kesayangan semua orang
Alangkah indahnya...
A.K
Lumut
50pp: Motivasi Malam
50pp: Motivasi Malam
Usah memerli,
kerana perbuatan itu menyakiti,
setiap orang ada kelemahan diri,
elak menuding jari,
lebib baik memotivasi,
tak akan rugi,
tak akan dibenci,
tak akan sakit hati,
ingati;
menegur perlu ada seni,
menasihati perlu ada toleransi,
memujuk perlu ada kesabaran tinggi,
perkasakan diri,
pertajamkan diplomasi,
perlengkapkan informasi,
mudahan kita mengubati.
CNM, 9/10/13, BBBangi.
Usah memerli,
kerana perbuatan itu menyakiti,
setiap orang ada kelemahan diri,
elak menuding jari,
lebib baik memotivasi,
tak akan rugi,
tak akan dibenci,
tak akan sakit hati,
ingati;
menegur perlu ada seni,
menasihati perlu ada toleransi,
memujuk perlu ada kesabaran tinggi,
perkasakan diri,
pertajamkan diplomasi,
perlengkapkan informasi,
mudahan kita mengubati.
CNM, 9/10/13, BBBangi.
Jalanan.
Jalanan.
Aku melangkah di jalan yang terang
berliku, berlubang.
Aku melangkah di jalan yang gelap
kelabu, berasap.
Sesat?
Dipersilakan pulang.
HAdira Kifly
09102013 18:30
Aku melangkah di jalan yang terang
berliku, berlubang.
Aku melangkah di jalan yang gelap
kelabu, berasap.
Sesat?
Dipersilakan pulang.
HAdira Kifly
09102013 18:30
Sandiwara
Sandiwara
(dedikasi kepada separuh jiwaku: Tarzan dan Jane)
Aku tahu
senyuman itu membendung seribu duka
menutup rasa kecewa
bersarang sudah lama
bernanah berdarah luka parah
tidak berbaki
cukuplah sandiwaramu
watak-watak itu pembunuh utama
jeritlah
lepaskan
bebaskan
segala yang terpenjara
batinmu yang tersiksa
sampai bila
pahit yang kau telan
masam yang kau mamah
manis jua yang kau luah
tukarkan kertas litmus merah biru kehidupanmu
kembali nuetral
merdekakanlah ia
kau berhak bahagia
mengulit mimpi indah
bersama arjuna hatimu
di ranjang malam belahan jiwa
Kan kutunggumu
separa malam
dinihari nanti
Sanggupkah?
CMA
6.08 petang
091013
(dedikasi kepada separuh jiwaku: Tarzan dan Jane)
Aku tahu
senyuman itu membendung seribu duka
menutup rasa kecewa
bersarang sudah lama
bernanah berdarah luka parah
tidak berbaki
cukuplah sandiwaramu
watak-watak itu pembunuh utama
jeritlah
lepaskan
bebaskan
segala yang terpenjara
batinmu yang tersiksa
sampai bila
pahit yang kau telan
masam yang kau mamah
manis jua yang kau luah
tukarkan kertas litmus merah biru kehidupanmu
kembali nuetral
merdekakanlah ia
kau berhak bahagia
mengulit mimpi indah
bersama arjuna hatimu
di ranjang malam belahan jiwa
Kan kutunggumu
separa malam
dinihari nanti
Sanggupkah?
CMA
6.08 petang
091013
KENANGAN MANIS
KENANGAN MANIS
Senyum
kenangan mengoles senyuman manis
senyum...
hadiah paling menular
ucapan salam sisipannya
sejagat alam bagai mengerti
senyum pun berjangkitan tanpa henti
dalam hati insan menari-nari
senyum
bibirku tersenyum
saat kenangan bertamu
biarpun hati bagai dihiris-hiris
bibir tersenyum
hati yang pedih menangis
airmata enggan tiris
kudiamkan
hati yang menangis
menanti mentari jingga membawa diri
tenggelam...
rembulan pun menggamit rindu
terkuak ruang jendela kelam malam
rasa kutumpah padaNya
segalanya kukhabarkan
berlembar-lembar anyaman
kuhamburkan seluruh nafas warna
titisan gugur pedih tragis
dalam tangis rintih
perih
Norlidar Lidon
Kuala Lumpur, 09.10.2013, 3.50 pm
Senyum
kenangan mengoles senyuman manis
senyum...
hadiah paling menular
ucapan salam sisipannya
sejagat alam bagai mengerti
senyum pun berjangkitan tanpa henti
dalam hati insan menari-nari
senyum
bibirku tersenyum
saat kenangan bertamu
biarpun hati bagai dihiris-hiris
bibir tersenyum
hati yang pedih menangis
airmata enggan tiris
kudiamkan
hati yang menangis
menanti mentari jingga membawa diri
tenggelam...
rembulan pun menggamit rindu
terkuak ruang jendela kelam malam
rasa kutumpah padaNya
segalanya kukhabarkan
berlembar-lembar anyaman
kuhamburkan seluruh nafas warna
titisan gugur pedih tragis
dalam tangis rintih
perih
Norlidar Lidon
Kuala Lumpur, 09.10.2013, 3.50 pm
TERANG
TERANG
i) Bercakap biar terang
bimbang nanti disalah mengertikan
usah bercakap belakang-belakang
kelak nanti
jiwamu tak tenang.
ii) Ingat pesan gurumu
awal mengaji
baca ayat penerang hati
biar hati terang
bacaanmu juga jelas dan terang.
Bukankah telah diterangkan?
Masihkah belum terang?
Zie 09/10/2013
i) Bercakap biar terang
bimbang nanti disalah mengertikan
usah bercakap belakang-belakang
kelak nanti
jiwamu tak tenang.
ii) Ingat pesan gurumu
awal mengaji
baca ayat penerang hati
biar hati terang
bacaanmu juga jelas dan terang.
Bukankah telah diterangkan?
Masihkah belum terang?
Zie 09/10/2013
Noda II
Noda II
bert-shirt tanpa lengan
seluar pendek paras paha
alur mongel tampak menerpa
tidak terbendung
di jemuran; melambai mata
mengeja nafsu.
Salah siapa?
Sazalee Sulaiman ... 09/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
bert-shirt tanpa lengan
seluar pendek paras paha
alur mongel tampak menerpa
tidak terbendung
di jemuran; melambai mata
mengeja nafsu.
Salah siapa?
Sazalee Sulaiman ... 09/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
BERLARI MENGEJAR PELANGI
BERLARI MENGEJAR PELANGI
bila sepi angin dingin mengusik
teruntai dedaun rambut
di hujung kening
senyum pun berkembang
hati pun berbunga
kepingin kembali terbang
bersama angin dan bermain hujan
dan bibir menguntum basah
masih malu
masih ayu
seperti dahulu
AB Airis Shah
18 September 2000
2:55 Desasiswa Permai USM
bila sepi angin dingin mengusik
teruntai dedaun rambut
di hujung kening
senyum pun berkembang
hati pun berbunga
kepingin kembali terbang
bersama angin dan bermain hujan
dan bibir menguntum basah
masih malu
masih ayu
seperti dahulu
AB Airis Shah
18 September 2000
2:55 Desasiswa Permai USM
LATAH
LATAH
L
la
lat
latah
melatah
melatah-latah
melatah-latah-latah
amat mudah
meluruskan jari telunjuk
membetulkan salah
menggerakkan kuda-kuda tunggangan memacu terus
laju memecah tembok masalah
sehingga terjelir lidah di tali kekang
kakinya masih tidak berhenti
masih berlari
amat payah
membengkokkan jari kelingking
menyalahkan diri
pabila kuda tunggangan terseliuh tersungkur jatuh
sehingga terleleh liur di tepi longkang
di rotan belakang cemeti
tidak berlari
sehingga
kita sendiri
menapak kaki
memijak kaca berduri
baru kita mengerti
AB Airis Shah
16 September 2000
Bilik Mesyuarat SMKTAM
L
la
lat
latah
melatah
melatah-latah
melatah-latah-latah
amat mudah
meluruskan jari telunjuk
membetulkan salah
menggerakkan kuda-kuda tunggangan memacu terus
laju memecah tembok masalah
sehingga terjelir lidah di tali kekang
kakinya masih tidak berhenti
masih berlari
amat payah
membengkokkan jari kelingking
menyalahkan diri
pabila kuda tunggangan terseliuh tersungkur jatuh
sehingga terleleh liur di tepi longkang
di rotan belakang cemeti
tidak berlari
sehingga
kita sendiri
menapak kaki
memijak kaca berduri
baru kita mengerti
AB Airis Shah
16 September 2000
Bilik Mesyuarat SMKTAM
PANTUN MATI
PANTUN MATI
Buah salak si buah remia,
bunga kenanga di atas batu;
mati tidak mengenal usia,
datangnya juga tak kira waktu.
Turun ke laut untuk mengail,
hingga ke subuh terasanya penat;
bila maut mula memanggil,
tidak ditangguh walau sesaat.
Limau purut masak sebelah,
bunga kantan subur di laman;
sebelum maut datang menjengah,
sediakan amalan sebagai bekalan.
Pokok meranti di Pulau Pandan,
ditebang laksamana bersungguh-sungguh;
andai mati yang ditakutkan,
itu bermakna iman tak teguh.
Daun jati luruh ke tanah,
hingga ke senja menyapunya jenuh;
hidup dan mati rahsianya Allah,
amalkan sahaja apa yang disuruh.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
1315pm
Buah salak si buah remia,
bunga kenanga di atas batu;
mati tidak mengenal usia,
datangnya juga tak kira waktu.
Turun ke laut untuk mengail,
hingga ke subuh terasanya penat;
bila maut mula memanggil,
tidak ditangguh walau sesaat.
Limau purut masak sebelah,
bunga kantan subur di laman;
sebelum maut datang menjengah,
sediakan amalan sebagai bekalan.
Pokok meranti di Pulau Pandan,
ditebang laksamana bersungguh-sungguh;
andai mati yang ditakutkan,
itu bermakna iman tak teguh.
Daun jati luruh ke tanah,
hingga ke senja menyapunya jenuh;
hidup dan mati rahsianya Allah,
amalkan sahaja apa yang disuruh.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
1315pm
TERKENANG BONDA
TERKENANG BONDA
remang bulan semakin redup,
cahaya buramnya jatuh ke tanah;
jiwa damaiku menyusun berharap,
kepada bonda kasihnya tak tumpah;
layu mataku payah kututup,
hatiku menangis gerimis basah;
apabila bulan meremang sayup,
terkenang bonda di kampung jauh.
Bayu.
Segamat,Johor.
180913.
remang bulan semakin redup,
cahaya buramnya jatuh ke tanah;
jiwa damaiku menyusun berharap,
kepada bonda kasihnya tak tumpah;
layu mataku payah kututup,
hatiku menangis gerimis basah;
apabila bulan meremang sayup,
terkenang bonda di kampung jauh.
Bayu.
Segamat,Johor.
180913.
RUANG ITU
RUANG ITU
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
CERMIN MATA KEHIDUPAN
CERMIN MATA KEHIDUPAN
melihat ke dalam diri,
seakan sempurna segalanya,
melihat ke dalam minda ada sangsi,
bagaikan enggan percaya,
diri sebenarnya belum lengkap lagi,
melihat ke dalam jiwa,
nampak kata-kata tidak diungkapi,
berimpak jelas dan nyata,
kalau diluahkan diri yang mengetahui,
baik dan buruk terkandung di dalamnya,
melihat dunia yang fana ini,
hamparan kehidupan berupa-rupa,
lengkap berpancaroba landskap pelangi,
demikianlah dambaan rasa,
apabila dilihat dari cermin mata kehidupan ini,
satu kekurangan dihebah menjadi dusta,
seribu kebaikan disandung erti tak bernilai,
begitulah hidup di maya,
yang hampir berkifayah melonglai,
Bayu.
Segamat,Johor.
091013.
melihat ke dalam diri,
seakan sempurna segalanya,
melihat ke dalam minda ada sangsi,
bagaikan enggan percaya,
diri sebenarnya belum lengkap lagi,
melihat ke dalam jiwa,
nampak kata-kata tidak diungkapi,
berimpak jelas dan nyata,
kalau diluahkan diri yang mengetahui,
baik dan buruk terkandung di dalamnya,
melihat dunia yang fana ini,
hamparan kehidupan berupa-rupa,
lengkap berpancaroba landskap pelangi,
demikianlah dambaan rasa,
apabila dilihat dari cermin mata kehidupan ini,
satu kekurangan dihebah menjadi dusta,
seribu kebaikan disandung erti tak bernilai,
begitulah hidup di maya,
yang hampir berkifayah melonglai,
Bayu.
Segamat,Johor.
091013.
RUANG ITU
RUANG ITU
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
RUANG ITU
RUANG ITU
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
RUANG ITU
RUANG ITU
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
RUANG ITU
RUANG ITU
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
Subscribe to:
Posts (Atom)