Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 15, 2013

Jangan Rebah

Jangan Rebah

Usah gentar walau sejuta
godaan menerpa
cuba kekal pada tahap
maksimum.

Usah goyah walau seribu
cobaan merantai
biar utuh pada tahap
kehangatan normal.

Biar badai dugaan mengganas
kuatkan hati
biar taufan derita mencekik
usah rebah
dalam perhambaan waktu.

Setiap puing-puing rintangan
ada jalan terbaik
untuk membina sebuah penyelesaian
yang mampan dalam
kualiti berdaya saing.

Hanya mampu mendorong
jangan rebah dalam kemelut
dusta.

Ilham minda,
Precious Hope
09/10/2013

No comments:

Post a Comment