Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 29, 2013

Cuma Satu

Cuma Satu

Usahlah kaubangkit amarah
kerana penipuanmu sendiri
aku bukan menyimbah
api kemarahan
tapi aku benci dengan sikapmu
yang menjengkelkan
sikap kelakianmu
penuh dengan jelaga kecurangan.

Lepaskan aku dari sisimu
cukuplah sudah aku diperangkap
dalam permainan catur cintamu
yang melukakan hati
aku bukanlah wanita idamanmu
yang kauharapkan untuk mencintaimu
kerana sikapmu sendiri
telah mengubah perjalanan cinta kita.

Pergilah engkau dari pandanganku
aku tidak layak menjadi wanitamu
kerana penipuanmu sendiri
telah menamatkan hubungan kita
Cuma satu kupinta
jangan jadikan wanita
sebagai agen penipuanmu
usahlah menanam tebu di bibir
tapi penghujungnya kepahitan.

Ilham Minda,
Precious Hope
20/10/2013

No comments:

Post a Comment