Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, October 27, 2013

PANTUN KETUHANAN

PANTUN KETUHANAN

Ke Batu Belah membeli sepatu,
dipakai ke hulu mencari bebiri;
untuk mencari Allah yang Satu,
kenalilah dulu diri sendiri.

Kain guni disulam-sulam,
lalu diikat dengan ketat;
ilmu laduni perlu diselam,
amalkan syariat carilah makrifat.

Tanam ubi di hujung halaman,
pokok pandan sebatas keladi;
sirah Nabi jadikan pedoman,
al-quran petunjuk kekal abadi.

Qalam Bertinta
Klang
11102013

No comments:

Post a Comment