Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, October 29, 2013

Muzik Pagi

Muzik Pagi

Kautitir rinduku dengan muzik pagi
dalam canang citra menajami derap hati
yang semakin terlupakan saat indah
kala kasih dibalut getar cinta
bagaikan sampan berlabuh di tepian tebing
menunggu saat keberangkatan
mengharungi kocakan sungai menghala ke muara rajuk
meninggalkan jejak-jejak yang setiap langkah
ada kenangan menggores rasa.
Kini
haruskah berpatah haluan
menciumi rinai setia yang pernah terdera,
-biarkan ia berlalu mengejar senja
yang kupasti bayangnya akan hilang jua
bersama gelapnya malam.

Embi Estar : 17 Oktober 2013

No comments:

Post a Comment