Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, October 27, 2013

Pantun Nasihat.

Pantun Nasihat.

Talam bertalam bawal dan ragi,
Bekal sekawah huma manisan;
Salam bersalam di awal pagi,
Kekal ukhuwah sesama insan.

Sarapan pagi makan mi kari,
Kerang terhidang jatuh selonggok,
Kenyang terasa bukan kepalang;
Sopan dibagi bukan dicari,
Orang memandang patuh menyenggok,
Menayang kuasa akan dipalang.

Pintar si ratu liar kelana,
Resah di bilik berminda bata,
Galak di mata pundak dahaga,
Bakal merusuh ranjang tersayat;
Melontar batu biar mengena,
Usah berbalik kepada kita,
Kelak sengketa tidak terduga,
Kekal bermusuh sepanjang hayat.

Sazalee Sulaiman ... 12/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment