Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Monday, October 28, 2013

RAYA YANG TAK MACAM RAYA.

RAYA YANG TAK MACAM RAYA.

Rayaku
di tempat kerja
bertugas
tidak menggalas senjata api:
... senjataku hanya cota
menjadi peneman
keselamatan;
keselamatan akulah!

Rayaku
macam tak raya:
: orang ke surau ke masjid
aku di meja usang
mata kusengkang
keranjang.

: orang berjamu dengan keluarga
aku berjamu selera juga;
dua keping roti canai banjir, mamak al-Salam
seorang-seorang.

: orang berparang
melapah daging korban
aku pula terkorban
menggalas tanggungjawab, terhidang.

Rayaku memang tidak semacam raya.

SALAM SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA.

Sazalee Sulaiman ... 15/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment