Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Tuesday, October 29, 2013

PANTUN RINGKAS BEBAS

PANTUN RINGKAS BEBAS

Beli padi seberang,
masak untuk kenduri;
jangan mengata orang,
cermin diri sendiri.

Pakai kain pelekat,
duduk tepi bendang;
hidup dalam masyarakat,
bukan kera sumbang.

Rumah tepi pantai,
jala ikan tenggiri;
jangan berlagak pandai,
nanti malu sendiri.

Tangkap ikan gelama,
dapat ikan senohong;
hidup bukan lama,
jangan lagak sombong.

Terung masak kari,
cicah sambal belacan;
kasih pada isteri,
kekal sepanjang zaman.

Pergi Batu Kikir,
bawa bekal dadih;
reda pada takdir,
jadi insan terpilih.

Duduk tepi kali,
makan buah remia;
hidup hanya sekali,
mati pengakhiran dunia.

Termenung balik batu,
ingat kekasih lama;
solat lima waktu,
tiang pada agama.

Pakai baju merah,
jalan sini-sana;
anak satu anugerah,
didik dengan sempurna.

Cari daun ketupat,
sampai terbit fajar;
hidup biar beradat,
jangan kurang ajar.

Qalam Bertinta
Klang
18102013
1431pm

No comments:

Post a Comment