Siapalah aku tanpa puisiku.
Adakah engkau kenal siapa aku?
: Togel tanpa puisi-puisiku.
: Bogel tanpa ilham mindaku.
: Telanjang tanpa luahan berpujanggaku.
Siapakah aku?
Siapakah Sazalee Sulaiman?
Syukurku ya Allah,
kerana Dikau meminjamkan aku
ilham-ilham-Mu
walau hanya cuma sementara
tetapi cukup untuk aku; dikenali
rakan dan sahabatku.
Alhamdulillah.
Sazalee Sulaiman ... 20/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment