Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, October 27, 2013

Perbezaan seorang penyair dan seorang peluah perasaan.

Perbezaan seorang penyair dan seorang peluah perasaan.

... seorang penyair
bila mengatakan tentang tahi unta
dikupasnya mendalam bak mengupas bebawang
berlapis-lapisannya
sehingga menjadi baja
komposit kehidupan
imaginasi.

... seorang peluah perasaan
bila mengatakan tentang tahi unta
dikupas hanya sekeping kulit
tiada lapisan di sebalik lakaran
hanyalah najis berbau
memualkan tekak yang loya
di luahan.

Itulah yang membezakan mereka.

Sazalee Sulaiman ... 13/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment