Followers

Carian Dalam Blog Ini

Tuesday, October 29, 2013

Andai aku mampu: Permainan bahasa.

Andai aku mampu: Permainan bahasa.

Seandainya aku mampu
mampu membantu si miskin
tak akan kubiarkan hidup si miskin
si miskin hidup dalam kedaifan.

Seandainya aku mampu
mampu mengotakan segala janji
tak akan aku ragu untuk berjanji
berjanji pada yang tak pasti.

Seandainya aku mampu
tidak aku berandai-andaian
kerana aku tahu aku mampu
mampu melaksanakan yang termampu.

Andai aku mampu ... .

Sazalee Sulaiman ... 21/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment