Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, October 27, 2013

Perlukah?

Perlukah?

Selaju titis hujan di hujung atap.
Ingin aku menitipkan kata.
Meluah bicara membela.
Mempertahankan diri dari segala tohmahan tiada berperi.
Air muka ini tidak lagi sehening embun pagi.
Dicemari.
Manusia yang iri.

Perlukah?
Aku menulis panjang lebar.
Setebal novel cinta.
Hanya kerana rasa terhina.
Rasanya, cukuplah dengan mengucapkan terima kasih.
Yang benar tak akan terhakis.
Sia-sia jika cuba memadam kata-kata palsu.
Biar saja ia luluh ditelan waktu.

CNM, 11/10/13, BBBangi.

No comments:

Post a Comment