LATAH
L
la
lat
latah
melatah
melatah-latah
melatah-latah-latah
amat mudah
meluruskan jari telunjuk
membetulkan salah
menggerakkan kuda-kuda tunggangan memacu terus
laju memecah tembok masalah
sehingga terjelir lidah di tali kekang
kakinya masih tidak berhenti
masih berlari
amat payah
membengkokkan jari kelingking
menyalahkan diri
pabila kuda tunggangan terseliuh tersungkur jatuh
sehingga terleleh liur di tepi longkang
di rotan belakang cemeti
tidak berlari
sehingga
kita sendiri
menapak kaki
memijak kaca berduri
baru kita mengerti
AB Airis Shah
16 September 2000
Bilik Mesyuarat SMKTAM
No comments:
Post a Comment