RUANG ITU
Ruang itu
masih kosong
minta dimengerti
diisi
dan dipenuhi.
Ruang itu
kita yang punya
diberi
untuk kita peduli
bukan dipinggir
bukan disingkir.
Ruang itu
masih ada
dan akan sentiasa ada
kerana di ruang kosong itu
semuanya bermula.
Qalam Bertinta
Klang
09102013
No comments:
Post a Comment