Laut Kasih 314
senja di tepian laut kasihmu
terang dengan cahaya cinta
aku terpaku meramas rindu
mendambakan dekapan kasihmu
yang menghangatkan dingin malam...
senja di tepian laut kasihmu
disapa wangian bayu asmara
lalu membangkitkan kenangan terindah
bercanda berdua bersaksikan purnama
dan malam seakan terlalu cepat dewasa...
asyiknya dinda.
CNM, 8/9/13
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, September 22, 2013
Laut Kasih 313
Laut Kasih 313
kasih
bahasa puitis
tidak perlu lagi
bila hatimu dah hatiku
bercumbu di sebalik kelambu...
kasih
bahasa romantis
tidak penting lagi
kala cintamu dan cintaku
menyatu di ranjang beradu...
nikmatnya laut kasih engkau dan aku.
CNM, 4/9/13
kasih
bahasa puitis
tidak perlu lagi
bila hatimu dah hatiku
bercumbu di sebalik kelambu...
kasih
bahasa romantis
tidak penting lagi
kala cintamu dan cintaku
menyatu di ranjang beradu...
nikmatnya laut kasih engkau dan aku.
CNM, 4/9/13
Laut Kasih 312
Laut Kasih 312
jika reromaku bisa menari
telah lama kubenarkan ia menari
mengikut irama tiupan bayu laut kasihmu
biar cinta dan rinduku berahi
menanti penuh ghairah
bisikan asmaramu
dan jadi meremang naluri kelelakianku...
asyik!.
CNM, 1/9/13
jika reromaku bisa menari
telah lama kubenarkan ia menari
mengikut irama tiupan bayu laut kasihmu
biar cinta dan rinduku berahi
menanti penuh ghairah
bisikan asmaramu
dan jadi meremang naluri kelelakianku...
asyik!.
CNM, 1/9/13
Laut Kasih 311
Laut Kasih 311
pada malam gelita
pada malam tanpa cahaya
aku tak perlukan lentera
aku juga tak perlukan neon kotaraya
cukup kukenali dirimu dari deria
wangian rambutmu
haruman sekujur tubuhmu
segar di jiwa...
CNM, 31/8/13
pada malam gelita
pada malam tanpa cahaya
aku tak perlukan lentera
aku juga tak perlukan neon kotaraya
cukup kukenali dirimu dari deria
wangian rambutmu
haruman sekujur tubuhmu
segar di jiwa...
CNM, 31/8/13
Laut Kasih 310
Laut Kasih 310
malam ini kasih
ingin aku mengajakmu
berbicara berdua di kamar cinta
berkata tentang rindu
melerai rasa terpedam di kalbu...
malam ini kasih
ingin aku dipeluk kasihmu
biar ia lena dibuai asmara
bermimpikan rona-rona bahagia
dalam bajaan laut kasihmu...
CNM, 29/8/13
malam ini kasih
ingin aku mengajakmu
berbicara berdua di kamar cinta
berkata tentang rindu
melerai rasa terpedam di kalbu...
malam ini kasih
ingin aku dipeluk kasihmu
biar ia lena dibuai asmara
bermimpikan rona-rona bahagia
dalam bajaan laut kasihmu...
CNM, 29/8/13
Laut Kasih 309
Laut Kasih 309
saat aku termangu
melayan rasa rindu
pada luasnya laut kasihmu
menerjah haruman rambutmu
terpampang sekuntum senyumanmu
dan lirikan nakal itu peniup gelora cintaku.
CNM, 27/8/13
saat aku termangu
melayan rasa rindu
pada luasnya laut kasihmu
menerjah haruman rambutmu
terpampang sekuntum senyumanmu
dan lirikan nakal itu peniup gelora cintaku.
CNM, 27/8/13
Laut kasih 308
Laut kasih 308
sepertinya
bulan dan mentari yang gerhana
gelora laut kasih sesekali membadai
terhempas aku ke pesisir pantai rindu
dan kurenangi kembali menuju pulau cintamu
kerana kutahu di sana
engkau mendepangkan tangan
menungguku tiba menghangatkan asmara...
CNM, 26/8/13
sepertinya
bulan dan mentari yang gerhana
gelora laut kasih sesekali membadai
terhempas aku ke pesisir pantai rindu
dan kurenangi kembali menuju pulau cintamu
kerana kutahu di sana
engkau mendepangkan tangan
menungguku tiba menghangatkan asmara...
CNM, 26/8/13
Laut Kasih 307
Laut Kasih 307
dalam redup sinar matamu
ada hangatan bayangan laut kasih
yang kurindu
yang kudamba
saat kita tak bersua...
membendung rindu mengasyikan jiwaku
mengenangmu suatu nikmat bagiku.
CNM, 23/8/13
dalam redup sinar matamu
ada hangatan bayangan laut kasih
yang kurindu
yang kudamba
saat kita tak bersua...
membendung rindu mengasyikan jiwaku
mengenangmu suatu nikmat bagiku.
CNM, 23/8/13
PANTUN BEBAS
PANTUN BEBAS
Buah tamar di atas para,
sama sebekas si buah pauh;
usah gemar mencipta angkara,
nanti lekas mendapat musuh.
Di tepi paya menangkap haruan,
tiung batu menari-nari;
biar punya ramai kawan,
musuh satu jangan dicari.
Di hujung tanjung pantainya landai,
terbang merpati di pokok kopi;
nak peluk gunung tangan tak sampai,
hanya memerhati di anjung sepi.
Jalak Lenteng nama panglima,
singgah di Melaka membawa ufti;
hendak kusunting tidak diterima,
kupendam duka sampai ke mati.
Air dijerang merebus ketupat,
kuih bahulu dimasak bonda;
sebelum mencari ilmu makrifat,
penuhkan dulu syariat di dada.
Qalam Bertinta nama dipilih,
mengarang gurindam di waktu senja;
kutanam cinta di perdu kasih,
racun kausiram pengganti baja.
Dari Macap ke Seberang Takir
jemputan berzanji di rumah pendekar;
tak akan kuucap salam akhir,
kerana janji yang pernah terikrar.
Buah zaitun di dahan landai,
dipetik diisi dibawa dikendong;
hamba berpantun bukanlah pandai,
sekadar mengisi waktu yang kosong.
Mawar menguntum di pinggir kota,
harum mewangi sehingga petang;
ukirkan senyum lembutkan kata,
pasti disenangi ramai orang.
Dari Bengkulu membawa jati,
singgah menumpang di rumah pendita;
di sini dulu hamba berhenti,
bahasa menyimpang maaf dipinta.
Qalam Bertinta
Klang
04092013
2221pm
Buah tamar di atas para,
sama sebekas si buah pauh;
usah gemar mencipta angkara,
nanti lekas mendapat musuh.
Di tepi paya menangkap haruan,
tiung batu menari-nari;
biar punya ramai kawan,
musuh satu jangan dicari.
Di hujung tanjung pantainya landai,
terbang merpati di pokok kopi;
nak peluk gunung tangan tak sampai,
hanya memerhati di anjung sepi.
Jalak Lenteng nama panglima,
singgah di Melaka membawa ufti;
hendak kusunting tidak diterima,
kupendam duka sampai ke mati.
Air dijerang merebus ketupat,
kuih bahulu dimasak bonda;
sebelum mencari ilmu makrifat,
penuhkan dulu syariat di dada.
Qalam Bertinta nama dipilih,
mengarang gurindam di waktu senja;
kutanam cinta di perdu kasih,
racun kausiram pengganti baja.
Dari Macap ke Seberang Takir
jemputan berzanji di rumah pendekar;
tak akan kuucap salam akhir,
kerana janji yang pernah terikrar.
Buah zaitun di dahan landai,
dipetik diisi dibawa dikendong;
hamba berpantun bukanlah pandai,
sekadar mengisi waktu yang kosong.
Mawar menguntum di pinggir kota,
harum mewangi sehingga petang;
ukirkan senyum lembutkan kata,
pasti disenangi ramai orang.
Dari Bengkulu membawa jati,
singgah menumpang di rumah pendita;
di sini dulu hamba berhenti,
bahasa menyimpang maaf dipinta.
Qalam Bertinta
Klang
04092013
2221pm
Kemucup disalahkan
Kemucup disalahkan
kononnya
dia pemain bola
larinya berdesup bertenaga
tak terkejar tak terjaga
dah menang banyak piala
kalau disenarai panjang berjela...
tetiba
dia rasa tertikam jiwa
sepak bola asyik tak kena
disalahkan kemucup mencucuk kakinya
kalau tak tahu main, jangan kemucup disalahkan.
CNM, 4/9/13
kononnya
dia pemain bola
larinya berdesup bertenaga
tak terkejar tak terjaga
dah menang banyak piala
kalau disenarai panjang berjela...
tetiba
dia rasa tertikam jiwa
sepak bola asyik tak kena
disalahkan kemucup mencucuk kakinya
kalau tak tahu main, jangan kemucup disalahkan.
CNM, 4/9/13
Yang Menyimpang
Yang Menyimpang
yang menyimpang
barangkali kurang kasih sayang
untuk tarik perhatian dia meragam
dengan harapan ada yang melayan
hatinya girang...
yang menyimpang
barangkali suka kejanggalan
untuk lain dari yang lain
dengan harapan menongkah kebiasaan
hatinya kembang...
yang menyimpang
barangkali atas kedangkalan
kerana kurang pengetahuan
tapi telah terbiasakan
dianggapnya tak menyalahi hukum hakam...
CNM, 4/9/13
yang menyimpang
barangkali kurang kasih sayang
untuk tarik perhatian dia meragam
dengan harapan ada yang melayan
hatinya girang...
yang menyimpang
barangkali suka kejanggalan
untuk lain dari yang lain
dengan harapan menongkah kebiasaan
hatinya kembang...
yang menyimpang
barangkali atas kedangkalan
kerana kurang pengetahuan
tapi telah terbiasakan
dianggapnya tak menyalahi hukum hakam...
CNM, 4/9/13
TAPAU.
TAPAU.
Taptibau
berkicau
parau
meracau
seriau
berpirau.
Sazalee Sulaiman ... 04/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Taptibau
berkicau
parau
meracau
seriau
berpirau.
Sazalee Sulaiman ... 04/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
BURK! KENYANG.
BURK! KENYANG.
Ada lesen memandu
tidak bererti boleh melanggar
undang-undang jalanraya
sesuka hati kita
kerana setiap pengguna jalanraya
tertakluk
kepada undang-undang jalanraya
yang telah tersedia.
Begitu juga dengan lesen berpuisi
ada hukum tatabahasa yang harus dipatuhi
bukan sewenang-wenangnya dilanggar
dengan beralasan
mempunyai lesen berpuisi
membenarkan hukum bahasa dilanggar
sesuka hati, secukup rasa
sehingga mencemarkan bahasa ibunda.
Aku tak rugi apa-apa
seandainya kamu
tidak mahu mematuhi hukum bahasa
- yang mencacatkannya kamu
- yang melacurkannya juga kamu
- yang menggadaikannya juga kamu
bukannya
... aku.
Tepuk dada tanya selera.
Sazalee Sulaiman ... 04/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
Ada lesen memandu
tidak bererti boleh melanggar
undang-undang jalanraya
sesuka hati kita
kerana setiap pengguna jalanraya
tertakluk
kepada undang-undang jalanraya
yang telah tersedia.
Begitu juga dengan lesen berpuisi
ada hukum tatabahasa yang harus dipatuhi
bukan sewenang-wenangnya dilanggar
dengan beralasan
mempunyai lesen berpuisi
membenarkan hukum bahasa dilanggar
sesuka hati, secukup rasa
sehingga mencemarkan bahasa ibunda.
Aku tak rugi apa-apa
seandainya kamu
tidak mahu mematuhi hukum bahasa
- yang mencacatkannya kamu
- yang melacurkannya juga kamu
- yang menggadaikannya juga kamu
bukannya
... aku.
Tepuk dada tanya selera.
Sazalee Sulaiman ... 04/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
TAKUT UNTUK BERPALING
TAKUT UNTUK BERPALING
(Menanti ucapan selamat hari jadi)
Kepada suamiku, ada suara yang tersekat
bilamana pelukan janji terlepas dari rangkulan
suara pilu pun bersiul dari balik pintu
menanti ketukan bilakah masanya
dinding waktu berhenti berdetik
untuk mendengar ucapan
selamat hari jadi sayang.
Aku yang tidak pernah berkesempatan
masih setia melonggokkan sisa impian
agar masih ada serpihan yang bakal tumbuh
menjalar memanjat tiang keberanian
walaupun cuma sepertiga.
Aku menjadi takut untuk berpaling
menyaksikan pohon asing
berbuahkan buah yang silap
memenuhi ruang kesangsianku
apakah! ini dinamakan dunia
penuh keajaiban!.
SZA KAM
Tapah Perak 4.9.13
(Menanti ucapan selamat hari jadi)
Kepada suamiku, ada suara yang tersekat
bilamana pelukan janji terlepas dari rangkulan
suara pilu pun bersiul dari balik pintu
menanti ketukan bilakah masanya
dinding waktu berhenti berdetik
untuk mendengar ucapan
selamat hari jadi sayang.
Aku yang tidak pernah berkesempatan
masih setia melonggokkan sisa impian
agar masih ada serpihan yang bakal tumbuh
menjalar memanjat tiang keberanian
walaupun cuma sepertiga.
Aku menjadi takut untuk berpaling
menyaksikan pohon asing
berbuahkan buah yang silap
memenuhi ruang kesangsianku
apakah! ini dinamakan dunia
penuh keajaiban!.
SZA KAM
Tapah Perak 4.9.13
LAUTAN ILMU
LAUTAN ILMU
Aku bak laut mengusap pantai
mengalir setia mengukir batu mencanai pasir
mengelus belai mendidik erti
dadaku air mencurah
tadahlah anakku
ombak ini guru hati.
yahyaisa
Segamat Johor
04092013
Aku bak laut mengusap pantai
mengalir setia mengukir batu mencanai pasir
mengelus belai mendidik erti
dadaku air mencurah
tadahlah anakku
ombak ini guru hati.
yahyaisa
Segamat Johor
04092013
HANYALAH HAMBANYA
HANYALAH HAMBANYA
Rasa apa?
…kerdil
…lemah
…kecil
…hina
…pening
…serabut
…bangga
…lebih baik
…bahagia
…tenang
…gembira
Siapa aku
…anak
…kakak
…adik
…pekerja
…sahabat
...kekasih
Walau apa pun rasa hatiku
Walau siapa pun diriku
Daku hanyalah…
…hambaNya
Shaheen
04092013
Rasa apa?
…kerdil
…lemah
…kecil
…hina
…pening
…serabut
…bangga
…lebih baik
…bahagia
…tenang
…gembira
Siapa aku
…anak
…kakak
…adik
…pekerja
…sahabat
...kekasih
Walau apa pun rasa hatiku
Walau siapa pun diriku
Daku hanyalah…
…hambaNya
Shaheen
04092013
AKULAH MENTARI
AKULAH MENTARI
Menangiskah malammu
menangkup wajah dengan awan hiba
merintih sendu bibir Titiwangsa
kelopak bergenang
tidak pernah kering dari tengkujuh
melanda jiwa
akulah mentari yang membawa sinar
mengutus mahar harapan
menyuluh ruang paling dalam
paling sunyi hatimu
mewirid mentera cinta
meriba tika sedih
agar esok ceria fajarnya
yahyaisa
Segamat Johor
04092013
Menangiskah malammu
menangkup wajah dengan awan hiba
merintih sendu bibir Titiwangsa
kelopak bergenang
tidak pernah kering dari tengkujuh
melanda jiwa
akulah mentari yang membawa sinar
mengutus mahar harapan
menyuluh ruang paling dalam
paling sunyi hatimu
mewirid mentera cinta
meriba tika sedih
agar esok ceria fajarnya
yahyaisa
Segamat Johor
04092013
KEKASIH
KEKASIH
kekasih..
benarkah katamu,
akulah bulan,
yang menerangi
kegelapan...
kekasih..
benarkah katamu,
akulah bintang,
yang indah
penghias malam...
kekasih..
katamu juga,
akulah matahari,
bersinar berseri
di pagi hari...
kasihku..
andai benar,
kata-katamu,
berbahagialah aku,
kerana menjadi
penyeri hatimu...
kasihku..
kupersembahkan
hati ini untukmu,
terokai... agar
kautahu,
ada kamu,
di hatiku...
~sue~
04/09/13
kekasih..
benarkah katamu,
akulah bulan,
yang menerangi
kegelapan...
kekasih..
benarkah katamu,
akulah bintang,
yang indah
penghias malam...
kekasih..
katamu juga,
akulah matahari,
bersinar berseri
di pagi hari...
kasihku..
andai benar,
kata-katamu,
berbahagialah aku,
kerana menjadi
penyeri hatimu...
kasihku..
kupersembahkan
hati ini untukmu,
terokai... agar
kautahu,
ada kamu,
di hatiku...
~sue~
04/09/13
SETIA MENANTI
SETIA MENANTI
Rindu yang melingkari...
sendu menemani...
sebak menghadiri...
resah menghantui.
Setia menanti...
saat hadirmu di sisi...
rela menanti...
walau pedih rasa di hati.
ZIE 04/09/2013
Rindu yang melingkari...
sendu menemani...
sebak menghadiri...
resah menghantui.
Setia menanti...
saat hadirmu di sisi...
rela menanti...
walau pedih rasa di hati.
ZIE 04/09/2013
ILUSI
ILUSI
mengait mimpi..
agar jadi nyata,
namun kutahu..
itu hanya ilusi..
takkan wujud..
namun pasti..
engkau ada..
di sisi..
menemani...
sue
04/09/13
mengait mimpi..
agar jadi nyata,
namun kutahu..
itu hanya ilusi..
takkan wujud..
namun pasti..
engkau ada..
di sisi..
menemani...
sue
04/09/13
Subscribe to:
Posts (Atom)