BURK! KENYANG.
Ada lesen memandu
tidak bererti boleh melanggar
undang-undang jalanraya
sesuka hati kita
kerana setiap pengguna jalanraya
tertakluk
kepada undang-undang jalanraya
yang telah tersedia.
Begitu juga dengan lesen berpuisi
ada hukum tatabahasa yang harus dipatuhi
bukan sewenang-wenangnya dilanggar
dengan beralasan
mempunyai lesen berpuisi
membenarkan hukum bahasa dilanggar
sesuka hati, secukup rasa
sehingga mencemarkan bahasa ibunda.
Aku tak rugi apa-apa
seandainya kamu
tidak mahu mematuhi hukum bahasa
- yang mencacatkannya kamu
- yang melacurkannya juga kamu
- yang menggadaikannya juga kamu
bukannya
... aku.
Tepuk dada tanya selera.
Sazalee Sulaiman ... 04/09/2013
Nilai, Negeri Sembilan.
No comments:
Post a Comment