KEKASIH
 
 kekasih..
 benarkah katamu,
 akulah bulan,
 yang menerangi
 kegelapan...
 
 kekasih..
 benarkah katamu,
 akulah bintang,
 yang indah
 penghias malam...
 
 kekasih..
 katamu juga,
 akulah matahari,
 bersinar berseri
 di pagi hari...
 
 kasihku..
 andai benar,
 kata-katamu,
 berbahagialah aku,
 kerana menjadi
 penyeri hatimu...
 
 kasihku..
 kupersembahkan
 hati ini untukmu,
 terokai... agar
 kautahu,
 ada kamu,
 di hatiku...
 
 ~sue~
 04/09/13
No comments:
Post a Comment