BARAN.
Bersatu lava
hangat dan cair
menggelegak
berpusaran ganas
bagai bom jangka
tidak terduga
letusnya.
Letusan
menghuru-harakan
letusan
membingitkan
letusan
buta rasa
jiwa.
... baran.
ss/spl/pm ... 01/06/2013.
Followers
Carian Dalam Blog Ini
Sunday, June 2, 2013
DAUN-DAUN DOSA ITU MASIH HIJAU
DAUN-DAUN DOSA ITU MASIH HIJAU
Runtun yang menggelisahkan
desah dan resah
bersatu jadi amarah
lalu bangkit dari kesal
dalam genggaman
harapan yang terlepas
bingkas bertebaran
mencari di setiap mata arah
gagal singgah lalu menebas
pohon-pohon teduhan
jadi tunggul dalam taman yang mati.
Daun-daun dosa gugur
masih hijau
…mentah
bumi menyambut
tapi enggan menerima
kerna tempatnya bukan di bawah
nun di atas
…juga di ranting harap.
Qalam Bertinta
01062013
1829pm
Runtun yang menggelisahkan
desah dan resah
bersatu jadi amarah
lalu bangkit dari kesal
dalam genggaman
harapan yang terlepas
bingkas bertebaran
mencari di setiap mata arah
gagal singgah lalu menebas
pohon-pohon teduhan
jadi tunggul dalam taman yang mati.
Daun-daun dosa gugur
masih hijau
…mentah
bumi menyambut
tapi enggan menerima
kerna tempatnya bukan di bawah
nun di atas
…juga di ranting harap.
Qalam Bertinta
01062013
1829pm
ASMARA
ASMARA
lihatlah..
tika bulan muncul..
ada bayang-bayang
hadir di balik air..
seakan tersenyum
melihat kita berdua..
sabarnya kita menanti
tika bulan menonjolkan diri
yang seakan-akan malu
di balik awan kelabu...
ahh... kini semua tinggal
kenangan...
yang nyata kini kita berdua
bersama menyulam cinta..
cinta yang terbina di pelabuhan
asmara...
su:01/06/13
lihatlah..
tika bulan muncul..
ada bayang-bayang
hadir di balik air..
seakan tersenyum
melihat kita berdua..
sabarnya kita menanti
tika bulan menonjolkan diri
yang seakan-akan malu
di balik awan kelabu...
ahh... kini semua tinggal
kenangan...
yang nyata kini kita berdua
bersama menyulam cinta..
cinta yang terbina di pelabuhan
asmara...
su:01/06/13
Laut Kasih 270
Laut Kasih 270
Dinda
kuberdoa
biar cinta kita hingga ke syurga
bahagia bersama
selagi ada nafas terhela...
laut kasih kita biar bernyawa.
CNM, 1/6/13, THMK.
Dinda
kuberdoa
biar cinta kita hingga ke syurga
bahagia bersama
selagi ada nafas terhela...
laut kasih kita biar bernyawa.
CNM, 1/6/13, THMK.
JANJIKU SATU: ENGKAU JUGA SATU UNTUKKU
JANJIKU SATU: ENGKAU JUGA SATU UNTUKKU
Kejutan berbisa aku terima
merencatkan damai hari-hariku
yang mengusung pilu dan sendu
pada dua hati dan jiwa yang telah lama bersatu
menyatu jadi satu.
Engkau mungkin terluka
dalam anggapanmu yang menerpa
lalu airmata mula memukau gundahmu
dan kesedihanmu mengundang juga tangisku
kerana bukan alpa atau tegaku
mengatur dusta dalam kata-kata
yang datangnya tidak pernah terduga
lalu kejujuranku hampir tersungkur
membunuh usia lama satu kepercayaan.
Telah kupaksikan sumpahku di Arasy-Nya
dengan ijabku sebagai hantaran
ikrar yang tidak pernah terlupakan
ikrar yang masih kukuh dan padu
masih suci tanpa ada titik satu noda
dan kujuzukkan di dasar hati yang terdalam
…selagi umat Islam itu mengaku
bahawa Tuhan mereka adalah satu
selagi itu engkau tetap satu untukku.
Qalam Bertinta
01062013
1537pm
Kejutan berbisa aku terima
merencatkan damai hari-hariku
yang mengusung pilu dan sendu
pada dua hati dan jiwa yang telah lama bersatu
menyatu jadi satu.
Engkau mungkin terluka
dalam anggapanmu yang menerpa
lalu airmata mula memukau gundahmu
dan kesedihanmu mengundang juga tangisku
kerana bukan alpa atau tegaku
mengatur dusta dalam kata-kata
yang datangnya tidak pernah terduga
lalu kejujuranku hampir tersungkur
membunuh usia lama satu kepercayaan.
Telah kupaksikan sumpahku di Arasy-Nya
dengan ijabku sebagai hantaran
ikrar yang tidak pernah terlupakan
ikrar yang masih kukuh dan padu
masih suci tanpa ada titik satu noda
dan kujuzukkan di dasar hati yang terdalam
…selagi umat Islam itu mengaku
bahawa Tuhan mereka adalah satu
selagi itu engkau tetap satu untukku.
Qalam Bertinta
01062013
1537pm
RIWAYAT DIRI
RIWAYAT DIRI
Pagi nan indah,
aku membelek helaian kenangan...
Ah, aku rindu kicauan beburung!
ingin meniti batas-batas kenangan
mengutip sesiput
atau mengejar keli dan haruan
di celahan rumpunan padi,
terjun berlumba di tali air
berlari-lari di titian bendang
mencari belalang dan tu'yut
buat umpan memancing ikan puyu.
Adakalanya berlari-lari
di celahan pepohon getah
mengutip pucuk serai kayu
dibuat ulam nasi kerabu
makan bersama tumis budu,
atau mencari biji-biji getah
berlawan pecah
atau bermain congkak di lubang tanah
berebut tempat menyorok
berebut tempat berpijak,
melindugi diri ditangkap sang buaya,
atau membentuk bulatan, bermain susuk anak,..
dan pada waktu yang lain pula,
bermain dekcok hambat
atau dekcok kon,
membuat garisan bersegi di atas tanah.
Oh, indahnya zaman kanak-kanakku!!
Ah, aku rindukan semua itu!
Kala rindu menjelma
sesekali dibuka, dibelek,
diulang berkisah
menebar cerita lama
yang terlipat kemas dalam memori,
disimpan elok dalam diari hati,
agar riwayat diri tak akan hilang...
====getar rasa====
Liza Isma,
1 Jun 2013_10:40am/Sabtu
Pagi nan indah,
aku membelek helaian kenangan...
Ah, aku rindu kicauan beburung!
ingin meniti batas-batas kenangan
mengutip sesiput
atau mengejar keli dan haruan
di celahan rumpunan padi,
terjun berlumba di tali air
berlari-lari di titian bendang
mencari belalang dan tu'yut
buat umpan memancing ikan puyu.
Adakalanya berlari-lari
di celahan pepohon getah
mengutip pucuk serai kayu
dibuat ulam nasi kerabu
makan bersama tumis budu,
atau mencari biji-biji getah
berlawan pecah
atau bermain congkak di lubang tanah
berebut tempat menyorok
berebut tempat berpijak,
melindugi diri ditangkap sang buaya,
atau membentuk bulatan, bermain susuk anak,..
dan pada waktu yang lain pula,
bermain dekcok hambat
atau dekcok kon,
membuat garisan bersegi di atas tanah.
Oh, indahnya zaman kanak-kanakku!!
Ah, aku rindukan semua itu!
Kala rindu menjelma
sesekali dibuka, dibelek,
diulang berkisah
menebar cerita lama
yang terlipat kemas dalam memori,
disimpan elok dalam diari hati,
agar riwayat diri tak akan hilang...
====getar rasa====
Liza Isma,
1 Jun 2013_10:40am/Sabtu
GILA BAYANG.
GILA BAYANG.
Tatkala rindu masih berbayang
alam maya terasa gersang
wajahmu masih terbayang
senyummu membawa girang
melantun diriku ke puncak ganang
membawa aku ke relung kenang
berdakapan bahang
... kenangan yang menghilang.
Aku yang kerinduan di petang yang panjang.
ss/spl/pm ... 01/06/2013.
Tatkala rindu masih berbayang
alam maya terasa gersang
wajahmu masih terbayang
senyummu membawa girang
melantun diriku ke puncak ganang
membawa aku ke relung kenang
berdakapan bahang
... kenangan yang menghilang.
Aku yang kerinduan di petang yang panjang.
ss/spl/pm ... 01/06/2013.
aku yatim piatu
aku yatim piatu
kerana ayah ibu
telah kembali kepada Yang Satu
jadilah aku yatim piatu
hilang sudah doa restu
hanya aku yang mendoakan buat kamu
semoga sejahtera di alam abadi dengan amalmu...
moga kita ditakdirkan bertemu dengan inzin Allah Yang Satu.
CNM, 1/6/13, THMK.
kerana ayah ibu
telah kembali kepada Yang Satu
jadilah aku yatim piatu
hilang sudah doa restu
hanya aku yang mendoakan buat kamu
semoga sejahtera di alam abadi dengan amalmu...
moga kita ditakdirkan bertemu dengan inzin Allah Yang Satu.
CNM, 1/6/13, THMK.
Ibuku Seorang Suri
Ibuku Seorang Suri
ibuku ibu sejati
ibuku yang dikasihi
dari seingat memori
ibulah yang ligat beraksi
membesarkan kami sepanjang hari
subuh dingin di awal pagi
bangun tanak nasi
buat alas perut kami pergi mengaji
adakala ibu menguli roti
tak biar perut kami menyanyi
hingga nafas ibu terhenti
ibuku, kamulah ibu mithali.
CNM, 1/6/13, THMK.
ibuku ibu sejati
ibuku yang dikasihi
dari seingat memori
ibulah yang ligat beraksi
membesarkan kami sepanjang hari
subuh dingin di awal pagi
bangun tanak nasi
buat alas perut kami pergi mengaji
adakala ibu menguli roti
tak biar perut kami menyanyi
hingga nafas ibu terhenti
ibuku, kamulah ibu mithali.
CNM, 1/6/13, THMK.
ayahku pemandu teksi
ayahku pemandu teksi
pagi-pagi sudah pergi
keluar memburu rezeki
lewat malam belum balik lagi
itulah ayahku yang tabah berbakti
demi anak-anak dan isteri
digagahi jua walau tergigit diri
ayah jasamu subur dalam memori.
CNM, 1/6/13, THMK.
pagi-pagi sudah pergi
keluar memburu rezeki
lewat malam belum balik lagi
itulah ayahku yang tabah berbakti
demi anak-anak dan isteri
digagahi jua walau tergigit diri
ayah jasamu subur dalam memori.
CNM, 1/6/13, THMK.
SAKIT
SAKIT
Sakitnya tak terperi
bisa menusuk ulu hati
pedih keseluruh rongga
darah merah melimpah ruah
sakit ini hanya aku yang rasai
sakit ini hanya aku sendiri.
Biarpun puluhan mata
yang memandang
namun akulah yang
menanggung azabnya.
Tidak akan ada penawarnya lagi
hanya kematian yang sedang menanti.
Cahaya Laila
1 jun 2013
Sakitnya tak terperi
bisa menusuk ulu hati
pedih keseluruh rongga
darah merah melimpah ruah
sakit ini hanya aku yang rasai
sakit ini hanya aku sendiri.
Biarpun puluhan mata
yang memandang
namun akulah yang
menanggung azabnya.
Tidak akan ada penawarnya lagi
hanya kematian yang sedang menanti.
Cahaya Laila
1 jun 2013
~~Teratak Bisu~~
~~Teratak Bisu~~
terusan menghempas
terusan membadai
terus-terusan mendatangi tanpa hadir seulas jemu
terusan bertahan
terusan bersabar
terus-terusan berdiam kaku
teratak hati usang
berhias coret-coret memori
berbumbungkan sepi
berlantaikan sendu
berdindingkan lara
bertiangkan duka...
nian bisu memenuhi
setiap pelosok teratak itu
nian bisu menerobos setiap inci teratak itu
nian bisu jua yang terakam
pada minda penghuni teratak itu
Bisu...
Bisu...
Bisu...
...dan terus-terusan kebisuan...
~vivianurazura~
Teluk Batik,Perak.
terusan menghempas
terusan membadai
terus-terusan mendatangi tanpa hadir seulas jemu
terusan bertahan
terusan bersabar
terus-terusan berdiam kaku
teratak hati usang
berhias coret-coret memori
berbumbungkan sepi
berlantaikan sendu
berdindingkan lara
bertiangkan duka...
nian bisu memenuhi
setiap pelosok teratak itu
nian bisu menerobos setiap inci teratak itu
nian bisu jua yang terakam
pada minda penghuni teratak itu
Bisu...
Bisu...
Bisu...
...dan terus-terusan kebisuan...
~vivianurazura~
Teluk Batik,Perak.
TERKEDU AKU
TERKEDU AKU
sukarnya bila ada yang salah tafsirkan
apa yang kukatakan
terkedu aku
membaca bait kata darimu
seolah-olah
tersinggung atau marah denganku
terkedu aku
terasa pilu
tiada yang aku mampu
untuk mengatakannya lagi
hanya kemaafan
dariku buatmu
hingga kini, di saat ini
aku masih terkedu
bagai tak percaya
dengan bait katamu
tawar hatiku.
ZIE 01/06/2013
sukarnya bila ada yang salah tafsirkan
apa yang kukatakan
terkedu aku
membaca bait kata darimu
seolah-olah
tersinggung atau marah denganku
terkedu aku
terasa pilu
tiada yang aku mampu
untuk mengatakannya lagi
hanya kemaafan
dariku buatmu
hingga kini, di saat ini
aku masih terkedu
bagai tak percaya
dengan bait katamu
tawar hatiku.
ZIE 01/06/2013
AYAHKU GURU SILAT
AYAHKU GURU SILAT
saya berdiri bersama ayah,
pacak kaki di bumi;
bersumpah,
tidak akan menangis lagi.
badai bersifat mencorak merubah wajah,
menanam kesangsian;
setelah resah menuai badai pecah,
semua pun bukan datang bergolek semudah kemahuan;
ayahku guru silat berdarah muda merah,
berdiri di atas catatan sejarah kedamaian;
aku bukan perosak sebuah kejayaan berupa anugerah,
ayahku guru silat pandai bermain aksi tangan;
negara ini ayah kata tidak bersedia untuk dipaksa dijajah,
andai terlepas dari silat aksi tangan;
kita akan terpisah buat selama-lamanya dan parah,
saya berdiri di sini bersama bayang ayah yang ku rindukan;
musuh itu meniru aksi ayahku yang gagah,
guru silat seperti jerat yang tidak pandai melupakan;
anak muridnya tidur selepas bertarung dan kalah,
menyalahkan kegagalan;
sedangkan mereka tuntas berhujah,
ayahku guru silat bukan seorang gelandangan.
Bayu.
Semporna,Sabah.
010613.
saya berdiri bersama ayah,
pacak kaki di bumi;
bersumpah,
tidak akan menangis lagi.
badai bersifat mencorak merubah wajah,
menanam kesangsian;
setelah resah menuai badai pecah,
semua pun bukan datang bergolek semudah kemahuan;
ayahku guru silat berdarah muda merah,
berdiri di atas catatan sejarah kedamaian;
aku bukan perosak sebuah kejayaan berupa anugerah,
ayahku guru silat pandai bermain aksi tangan;
negara ini ayah kata tidak bersedia untuk dipaksa dijajah,
andai terlepas dari silat aksi tangan;
kita akan terpisah buat selama-lamanya dan parah,
saya berdiri di sini bersama bayang ayah yang ku rindukan;
musuh itu meniru aksi ayahku yang gagah,
guru silat seperti jerat yang tidak pandai melupakan;
anak muridnya tidur selepas bertarung dan kalah,
menyalahkan kegagalan;
sedangkan mereka tuntas berhujah,
ayahku guru silat bukan seorang gelandangan.
Bayu.
Semporna,Sabah.
010613.
~♥ Adakah ini cinta ~♥
~♥ Adakah ini cinta ~♥
Meneguk secangkir kemanisan
yang berwarna-warni
bagaikan khayalan kemabukan
umpana di alam fantasi
Manari-nari di pentas binduan
mencari-cari tanpa menghirau kepenatan
bagaikan disuntik morfin di anggota
sehingga siang dan malam tersimpul senyuman
Inikah dikatakan cinta
sungguh indah bagai menonton filem di pawagam
inikah dikatakan rindu
sehingga minda terlayang-layang
di ambum mega
~ Nagam WENA - Kota Singa ~ 31/05/2013
Meneguk secangkir kemanisan
yang berwarna-warni
bagaikan khayalan kemabukan
umpana di alam fantasi
Manari-nari di pentas binduan
mencari-cari tanpa menghirau kepenatan
bagaikan disuntik morfin di anggota
sehingga siang dan malam tersimpul senyuman
Inikah dikatakan cinta
sungguh indah bagai menonton filem di pawagam
inikah dikatakan rindu
sehingga minda terlayang-layang
di ambum mega
~ Nagam WENA - Kota Singa ~ 31/05/2013
LAYANG-LAYANG.
LAYANG-LAYANG.
Layang-layangku masih di bumi
masih berpintal talinya melilit beluti
tidak berbunyi tidak menyanyi
hanya dengungan menanti aksi
di padang sunyi mata memerhati
siulan layang-layangku pasti
... menonjolkan diri.
ss/spl/pm ... 31/05/2013.
Layang-layangku masih di bumi
masih berpintal talinya melilit beluti
tidak berbunyi tidak menyanyi
hanya dengungan menanti aksi
di padang sunyi mata memerhati
siulan layang-layangku pasti
... menonjolkan diri.
ss/spl/pm ... 31/05/2013.
SORE ITU MENCURI HANGAT CINTAKU
SORE ITU MENCURI HANGAT CINTAKU
Sore adalah seredup cintaku
…mendinginkan
tika kucari kehangatannya
dalam cebisan bara cintamu
yang tercicir di lorong harapanku
…membeku
…kaku.
Kerikilnya masih tidak menghangatkan
…bara itu masih ada
merah tapi dingin
sedang harapan
semakin hampir
ke persimpangan akhir
…menghilang
…lenyap.
Qalam Bertinta
31052013
1827pm
Sore adalah seredup cintaku
…mendinginkan
tika kucari kehangatannya
dalam cebisan bara cintamu
yang tercicir di lorong harapanku
…membeku
…kaku.
Kerikilnya masih tidak menghangatkan
…bara itu masih ada
merah tapi dingin
sedang harapan
semakin hampir
ke persimpangan akhir
…menghilang
…lenyap.
Qalam Bertinta
31052013
1827pm
POHON RINDU
POHON RINDU
Mungkin aku tak seindah pelangi
dikala redanya hujanmu
kerana
terkadang aku membuat luka hatimu
Mungkin aku tak segemilang purnama
di gelap malammu
kerana aku hanyalah setitik lentera kecil
Mungkin aku tidaklah setegar karang
yang boleh engkau banggakan
kerana aku adalah sosok rapuh
yang selalu berbicara dengan airmata
Tetapi aku ingin jadi pohon di hari lelahmu
yang akan selalu setia menemanimu
yang akan selalu menantimu
tak peduli di musim hujan dan kemarau
aku...
akulah pohon rindumu
selalu ada di sini
mahu cuba meneduhkanmu
dari segala resah
dari segala gundah
dari segala kehausan rasa
berbicaralah denganku
aku ingin mendengarkan
luahan hatimu
Norlidar
31.5.2013 - 12.15am
Mungkin aku tak seindah pelangi
dikala redanya hujanmu
kerana
terkadang aku membuat luka hatimu
Mungkin aku tak segemilang purnama
di gelap malammu
kerana aku hanyalah setitik lentera kecil
Mungkin aku tidaklah setegar karang
yang boleh engkau banggakan
kerana aku adalah sosok rapuh
yang selalu berbicara dengan airmata
Tetapi aku ingin jadi pohon di hari lelahmu
yang akan selalu setia menemanimu
yang akan selalu menantimu
tak peduli di musim hujan dan kemarau
aku...
akulah pohon rindumu
selalu ada di sini
mahu cuba meneduhkanmu
dari segala resah
dari segala gundah
dari segala kehausan rasa
berbicaralah denganku
aku ingin mendengarkan
luahan hatimu
Norlidar
31.5.2013 - 12.15am
Laut Kasih 269
Laut Kasih 269
bersaksikan Selat Melaka
yang berolak memuja pantai cinta
kepadamu dinda
seperti yang telah terakru janji setia
kasih sayangku hanya untukmu selamanya...
CNM, 31/5/13, THMK.
bersaksikan Selat Melaka
yang berolak memuja pantai cinta
kepadamu dinda
seperti yang telah terakru janji setia
kasih sayangku hanya untukmu selamanya...
CNM, 31/5/13, THMK.
Masjid Selat Melaka
Masjid Selat Melaka
masjid tempat mulia
sujud insan yang takut kepada-Nya
mohon rahmat dan redha
sucikan diri dari dosa
ganda pahala...
masjid buat kita sama
berdiri dalam saf-saf bertakbir kepada yang Esa
tunduk sujud tanda merendah diri pada perintah-Nya
tiada pangkat darjat membeza
tingkat takwa penentu segala
dihumban ke neraka atau dilambai ke syurga...
Alhamdulillah Jumaat ini sempurna di Masjid Selat Melaka.
CNM, 31/5/13, THMK.
Subscribe to:
Posts (Atom)