Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Sunday, June 2, 2013

~~Teratak Bisu~~

~~Teratak Bisu~~

terusan menghempas
terusan membadai
terus-terusan mendatangi tanpa hadir seulas jemu
terusan bertahan
terusan bersabar
terus-terusan berdiam kaku

teratak hati usang
berhias coret-coret memori
berbumbungkan sepi
berlantaikan sendu
berdindingkan lara
bertiangkan duka...

nian bisu memenuhi
setiap pelosok teratak itu
nian bisu menerobos setiap inci teratak itu
nian bisu jua yang terakam
pada minda penghuni teratak itu

Bisu...
Bisu...
Bisu...
...dan terus-terusan kebisuan...

~vivianurazura~
Teluk Batik,Perak.

No comments:

Post a Comment