Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, June 30, 2013

Air mata Gaza

Air mata Gaza

Tiba-tiba hati menjadi seorang perasa, bila mata berjabat salam pada api derita yang menggigit pilu . Pecah hatiku, meruntun hiba bila menyaksikan kecaian tulang dan daging rapuh bertaburan lalu membeku dan terbakar pada laung kesakitan. Terpeciklah sebuah kepedihan pada mayat-mayat parah di bumi Gaza dan meranapkan menara purba oleh panahan peluru serta dentuman letupan Zionis, lalu merebahkan sebuah kehidupan atas kekejaman dan penindasan yang merajai dunia. Mengapa manusia meleburkan sebuah kedamian demi Dajjalnya yang merumahkan kesesatan. Manakah suara kemanusiaan dan ilmuan dunia yang hanya mampu melihat, menyanyi, bertepuk dan berdendang .

Palestin, kini pohonmu telah rebah. Damaimu telah diragut, lalu gersanglah tanahmu dari pemimpin yang durjana.Wahai anak-anak yang meratap duka, secubit senyummu telah tiada oleh pemburuan rakus yang meruntuh jambatan kasih. Bangkitlah dari sebuah kematian dan keletihan yang menitiskan parah. Basuhlah airmata, pada bebenang derita yang mencerut jiwa. Biarlah kasihmu bersemadi sebagai matinya syahid di medan juang. Geledahlah cerut rasa, nyalakanlah lebur cinta yang telah terbina pada kasih-Nya Syuhadah, kerana pasti di pintu sana kau akan tersenyum menyambut salam dari yang Maha Mulia.

Sandakan.

No comments:

Post a Comment