Followers

Carian Dalam Blog Ini

Sunday, June 30, 2013

Keangkuhan

Keangkuhan
////////////////////

Wanita,
Permata yang mewah
Mutiara yang bersinar
Telah membawa khayalan
Seperti permaisuri
Siapa tahu di kelilingmu
Hanya tinggal keracunan yang angkuh
Kewangian yang bongkak
Bau yang menyenangkan
Tetapi bisa membunuh orang

Wanita
Semasa. dirimu
Menunjuk sekali lagi
Kehormatan kepada harta benda
Bersorak kegembiraan
Dengan kemasyuran
Mengangkat lengan
Kepada kekuasaan

Wanita
Demi kebenaran
Dan penghargaan diri
Apakah kamu lupa
Hidup tidak menongkat langit

Wanita
Seseorang adalah suci atau keji
Bukan kerana berwajah jelita
Atau berharta
Berpakaian berjenama
Mahal atau murah
Tapi terletak pada
Hati budi yang bersih dan ikhlas
Sampai masa dan ketika
Apabila tuhan menjemputmu
Hanya kain putih pembalut diri
Bukan satin atau sutera
Sedarlah wahai
Saudaraku bernama wanita

Insaflah!!!!!!!!!
Apakah kamu lupa?
Akan kekuasaan Allah?
Kekayaan, kecantikan
Takkan kekal selamanya
Hanya amalanmu yang diterima

Nor Is
30/6/2013
5pm

No comments:

Post a Comment