IGAUAN LAHAD DATU
12 Februari detik permulaan. Tanahmu diceroboh oleh petualang bangsa
yang bernyawakan nafsu seraka . Kononnya mengaku dialah Sultan yang
merajai takhta. Ingin menuntut Sabah yang telah lama merdeka. Tanduo
membakar perang dan kezaliman. Mengapa mesti kau seksa wajah-wajah kasih
yang mengharap perdamaian hingga ke liang lahat. Mengapa teganya kau menggugurkan pejuang bangsa yang membela Negara.
Wahai pemimpin sulu, menara mimpimu terlalu tingggi. Dari Lahad Datu
askar-askarmu berlabuh ke Semporna, lalu mengagetkan seluruh dunia dan
menyemarakkan api juang yang kian menyala. Bumi basah menjadi kering dan
garing. Kau mencincang lumat enam lagi nyawa satria yang
berfasabilillah di medan juang. Isteri kehilangan punca. Ia takkan mampu
berpaling dari hakikat pahit. Mampukah ia mencubit senyum dan membilas
airmata yang telah lelah. Anak-anak pun meratap hiba, Ibubapa mengutus
lara. Oh tuhan, inikah jahiliah yang melanda di akhir zaman-Mu?
Lahad Datu dan Semporna, kini bumimu telah menangis, namun ianya tetap
kekal di aksara rasa yang mengusapi sejarah. Lalu terkuaklah engkau
dalam jendela kenangan. Namun, sesekali pantang menyerah. Maruah bangsa
dan Negara tetap berdaulat. Wahai perwira kasih, bertebarlah engkau ke
pelusuk nusa. Belalah sahabatmu yang telah terkorban. Biar berdegup
kencang pahlawan berzaman. Kembalilah kepada roh yang takkan mati pada
nafas dan detak yang mengalir di segenap darahmu.
Kiram, kau
memang gemar bermain api. Terima kasih diucapkan padamu, kerana telah
mengirimkan duka dan tangisan ini kepada negaraku. Hentikanlah
Kiram..hentikanlah perdagangan dan kematian ini. Basuhlah hatimu,
usahlah dibakar tanah tumpah darahku. Sedarlah Kiram! Senyummu takkan
kekal lama. Usahlah reput di perdu dosa. Kita akan sampai ke stesen
terakhir jua. Pasti hikmah yang telah tersedia oleh yang maha egah. Di
situ, kau takkan mampu menahan tangan kudrat-Nya. Pabila tiba saatnya
nanti, kau takkan mampu menjahit kepedihan dan menanggung hisab yang
amat berbisa...!
Sandakan.
150313
0330am
No comments:
Post a Comment