Followers

Carian Dalam Blog Ini

Loading...

Wednesday, June 26, 2013

ALANGKAH II

ALANGKAH II

Alangkah sedihnya
Kausepuh besi waja
Kauasah tumpulnya
Tapi berkarat lara
Lalu kaucampak ke gaung duka

Alangkah malangnya
kausemai benih setia
lalu tumbuh melata
tapi penuh duri durja
lalu kauracun akarnya

Alangkah ruginya
kautuai buah dewasa
lalu kaukupas kulitnya
kaunikmati isinya
tapi pahit rasanya

Alangkah deritanya
kauteroka rimba raya
lalu kaubakar secara terbuka
tercemar udaranya
didakwa pegawai penguatkuasa

Alangkah hampanya
kauhimpun naskhah pusaka
kaujilid kemas helaiannya
namun kabur aksaranya
lalu tersimpan di arkib renta

Alangkah trajisnya
sedang aku asyik dibuai lena
kaumerempit di lorong luka
meraung maut merentas angkasa
meratap keluarga tercinta

Alangkah malunya
pada bulan yang mulia
kauasyik menjamu selera
di pentas warga kota
dicekup peronda majlis agama

SMK Serian

24 Jun 2013

No comments:

Post a Comment